`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, July 19, 2013

Kos Hari Belia Termasuk Bayar PSY RM55 Juta


[HD] PULAU PINANG: Kenapa Kementerian Belia dan Sukan sanggup membelanjakan RM55 juta untuk penganjuran Hari Belia 2012 walhal banyak lagi keperluan yang perlu diberikan keutamaan untuk membaiki kehidupan rakyat, soal Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.

Menurut Steven, dari jumlah tersebut kontraktor terlibat telah menuntut RM10.6 juta untuk kos perkhidmatan, bekalan dan RM2.04 juta lagi untuk bayaran memjemput artis K-Pop dari Korea.

Sedangkan dalam masa yang sama Menteri Belia dan Sukan sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik telah mengatakan tajaan pihak swasta melebihi tajaan asal untuk tahun 2012 iaitu RM28 juta.

"Menteri Belia dan Sukan yang baru, Khairy Jamaludin kena perjelaskan keadaan sebenar kenapa ianya begitu tinggi walhal untuk tajaan awalan hanyalah RM15 juta. Macamana boleh terjadi begitu sehingga boleh mencapai RM12 juta lagi peningkatan," ujarnya dalam kenyataan yang diemailkan ke Harakahdaily.

Persembahan penyanyi Korea PSY sempena Hari Belia di Pulau Pinang(gambar) sebelum ini telah menjadi kecoh apabila orang ramai menolak permintaan Perdana Menteri untuk menyokong BN. Apabila Datuk Seri Najib bertanya, "Are you ready for BN," mreka beramai-ramai menjawab "No".

Jika benar peruntukan sebanyak itu dilaksanakan selama lima hari, bermakna Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan purata RM11 juta sehari, kata Steven Sim.

Khairy Jamaludin yang muncul dengan gaya dan persembahan baru untuk para belia di gesa menjawab dengan jujur bagi menunjukan komitmen beliau terhadap ketelusan untuk menjadi teladan kepada anak muda.

Kemungkinan tegasnya, wang sebanyak itu disalah gunakan untuk Pilihanraya Umum Ke 13 selari dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu pelancaran Hari Belia 2012 mengiyakan BN mengambil kesempatan menabur propaganda bagi meraih undi anak muda.

"Alangkah baiknya peruntukan itu digunakan untuk membina padang dan kelengkapan sekolah di kawasan saya. Antaranya ialah SRJKT Kampung Baru, SRJKT Ladang Alma, SRJKC Koew Kuang termasuk Sekolah Kebangsaan Machang Bubuk yang berusia 100 tahun masih kekurangan terutamanya padang sekolah," ujarnya yang juga Setiausaha Publisiti DAPSY Pulau Pinang.

Baru- baru ini tambah Steven Sim, beliau didatangi seramai 43 orang cacat penglihatan dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Minyak yang tidak lagi dapat menikmati pemberian Brailler seperti dahulu. Ianya menyulitkan mereka untuk belajar selepas waktu persekolahan.

Harga Brailler setiap satu ialah RM2,250 dan jika dikira dengan perbelanjaan Hari Belia 2012 maka 5000 buah Brailler dapat dibeli untuk menafaat pelajar muda yang cacat penglihatan.

"Bukan itu sahaja malahan perbelanjaan Hari Belia 2012 boleh menampung wang RM50 ribu kemasukan 1000 pelajar ke kolej swasta dalam jurusan undang-undang," kata beliau lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.