`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, July 4, 2013

PANASSS!!!!!... KERANA TIDAK DAPAT DUIT DARI MENTERI KESIHATAN, DATUK SERI DR S. SUBRAMANIAM...BLOGGER UMNO AJAK RAKAN-RAKAN BLOGGERNYA BOIKOT PEMIMPIN DAN KEMENTERIAN BERKENAAN!!!!!!



Tabung Kebajikan Wartawan Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia (NPC) semalam menerima sumbangan peribadi RM20,000 daripada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Sumbangan itu diumumkan oleh Subramaniam pada majlis 'Sepetang bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramaniam' di Rumah Kelab NPC di Kuala Lumpur malam tadi, dalam lawatannya buat kali pertama.

"Sebagai tanda penghargaan, saya memberi sumbangan RM20,000 untuk wartawan yang terkorban ketika melaksanakan tugas," kata beliau semasa lawatannya buat kali pertama ke kelab itu.

Kisah sumbangan ini ada yang membuat blogger naik darah bertingkat-tingkat sebab tiada sumbangan diterima kepada rakan blogger beliau yang dikatakan amat berjasa besar kepada UMNO/BN dalam pilhanraya yang lalu.

Punya dia naik angin dia nak ajak rakan-rakan blogger termasuk pengiat dalam laman sosial sekali yang berjiwa UMNO untuk boikot Menteri dan kementerian berkenaan.

Inilah perangai juak-juak UMNO apabila berblog...tak de duit tak jalan... No Money No Talk...Beri sumbangan kepada pihak lain tidak kepada dirinya akan rasa dengki cemburu mengila.

Blogger UMNO dilihat seolah-olah bukan mem pertahankan kebanaran tetapi mempertahankan wang ringgit jika dibaca apa yang ditulis di blognya yang berbunyi..

Kalau Datuk Seri S.Subramaniam mengeluarkan sumbangan untuk kakitangan hospital Sangkakala pun tak berapa nak kisah sangat sebab itu kementerian yang dia jaga, tapi kepada wartawan tu Sangkakala rasa macam S.Subramaniam tak hargai blogger blogger yang turut sama memainkan peranan dalam kempen pihak kerajaan.

Kalau Datuk Seri rasa begitu, Sangkakala tidak teragak agak untuk meminta semua penggiat media sosial seperti blogger, facebooker dan lain lain untuk berhenti mengeluarkan artikel yang berbentuk pembelaan kepada Menteri Kesihatan ini atau kementerian kesihatan itu sendiri.

Untuk apa membela seorang Menteri dan sebuah Kementerian jika pihak lain mendapat keuntungan serta perhatian? Seolah olah kewujudan penggiat media ini tidak memberikan kesan dalam kemenangan Barisan Nasional pada PRU yang lalu.


Sangkakala berharap agar akan ada blogger blogger yang hebat serta mempunyai nama di arena penulisan media sosial menyokong apa yang Sangkakala katakan ini.-Omak Kau!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.