`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, September 22, 2013

KERANA DICABAR, IDRIS JUSOH ENGGAN PERTAHANKAN JAWATANNYA SEBAGAI KETUA UMNO BAHAGIAN BESUT SEBALIKNYA SANGGUP MENERIMA JAWATAN SEBAGAI NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN SAJA!!!!



DI CABAR SIKIT MERAJUK TERUS ..... APA PUNYA JIWA PEMIMPIN UMNO MACAM INI ... LANGSUNG TIDAK BOLEH MENERIMA TENTANGAN DARI KAWAN SENDIRI.

Datuk Seri Idris Jusoh (gambar) membuat kejutan apabila melepaskan jawatan Ketua Umno Bahagian Besut untuk memberi laluan kepada muka baru. 


Namun Menteri Pendidikan Kedua itu mengambil jawatan Naib Ketua Bahagian apabila menang tanpa bertanding untuk jawatan itu setelah tiada borang pencalonan lain diterima sehingga tempoh penyerahan tamat pada 5 petang semalam.


Pengerusi Jawatankuasa Mesyuarat Pemilihan Umno negeri Datuk Muda Mamat mengesahkan perkara tersebut.



Difahamkan Idris enggan mempertahankan jawatan ketua bahagian selepas penyandang Timbalan Ketua Umno Bahagian dan Adun Hulu Besut Nawi Mohamad mengemukakan borang pencalonan untuk merebut jawatan itu.


Nawi akan dicabar Adun Jerteh Muhamad Pehimi Yusof yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Peladangan & Komoditi. – Bernama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.