`




THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Sunday, September 29, 2013

HOT: 2 SYARIKAT JONGKANG EMAS & 6 PEGAWAINYA DIDAKWA DENGAN 926 TUDUHAN -SIAPA VVIP YANG TERLIBAT?



Enam bekas pegawai atasan syarikat perniagaan perdagangan emas hari ini dihadapkan ke mahkamah dengan 926 pertuduhan melibatkan urusniaga kira-kira RM5.5 bilion.

Mereka dari syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Dua syarikat pelaburan jongkong emas tersebut dan enam individu dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas 913 pertuduhan penggubahan wang haram dan 10 pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah membabitkan urus niaga bernilai RM5.5 bilion.

Bagaimanapun, dua Pengarah Genneva Malaysia Sdn Bhd Datuk Tan Liang Keat, 41, Datuk Philip Lim Jit Meng, 56, Pengurus Besarnya Lim Kah Heng, 42, serta tiga penasihat perniagaan, Datuk Ng Poh Weng, 63, Datuk Marcus Yee Yuen Seng, 61, Datuk Chin Wai Leng, 37 serta Genneva Malaysia dan Success Attitude Sdn Bhd mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas semua pertuduhan selepas pertuduhan dibacakan.

Mereka didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan memiliki, menerima, memindah dan memperoleh sejumlah wang hasil daripada aktiviti haram melalui cek daripada akaun CIMB Islamic Bank Berhad ke dalam akaun CIMB Bank Berhad milik mereka yang semuanya berjumlah RM1.5 bilion.

Tan didakwa dengan 226 pertuduhan, Lim (246), Kah Heng (16), Ng (155), Yee Seng (17), Chin (23), genneva (222) dan Success Attitude (8) pertuduhan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Nombor 69, Tingkat Bawah, Jalan Kuchai Maju 1, Dynasty 2, Off Jalan Kuchai Lama, di sini, antara Januari 2011 hingga Disember 2012.

Pertuduhan mengikut Sub Seksyen 4(1) (a) Akta pencegahan pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum denda RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh dijamin masing-masing sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Sementara itu, Genneva Malaysia, Lim, Tan, Kah Heng dan Ng masing-masing didakwa dengan dua lagi pertuduhan iaitu menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah yang diberikan mengikut Sub Seksyen 6(4) Akta bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) membabitkan transaksi emas.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 25(1) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama dibaca bersama Nombor Siri 20 dalam Jadual Keempat akta sama membawa hukuman maksimum denda RM10 juta.

Bagi pertuduhan itu, Mat Ghani membenarkan semua tertuduh dijamin masing-masing sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin.

Di mahkamah berasingan, Lim, Genneva dan Tan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan membuat pernyataan palsu melalui iklan di laman web www.gennevaworld.com.my berhubung penjualan emas berlandaskan syariah, antara 16 Februari dan 1 Oktober 2012 di Nombor 52A-1, Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kuchai Lama, di sini.

Kesalahan mengikut Seksyen 18(1) Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 21(b) akta sama membawa hukuman maksimum denda RM250,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Hakim, Rihaida Rafie membenarkan mereka dijamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mardziatun Nisa Ahamad Kabir, Zulkifli Ahmad dan Aida Mastura Mohamed Aman.

Tan dan Chin diwakili peguam, J Kuldeep Kumar, manakala tertuduh lain diwakili peguam, Avtar Singh Dhaliwal. Semua tertuduh diperintahkan membayar wang jaminan masing-masing pada 30 September ini. Kes terhadap mereka akan dibicarakan secara bersama pada 7 April tahun depan

"Errr....Itu Bukan Saya. Saya Sudah Lupa. Pasaipa Tak Tanya Bekas Timbalan Saya ..."






.................

Mereka adalah bekas pengarah syarikat itu Datuk Philip Lim Jit Meng dan Datuk Tan Liang Keat, pengurus besar syarikat Lim Kah Heng serta penasihat perniagaan, Datuk Ng Poh Weng, Datuk Marcus Yee Yuean Seng dan Datuk Chin Wai Leong.

Selepas dua jam prosiding mahkamah, kesemua mereka meminta dibicarakan terhadap tuduhan tersebut.

 Ia mengambil masa hampir lima jam bagi mahkamah mendaftar lebih 900 tuduhan terbabit, sebelum prosiding bermula pada jam 3.30 petang.

Terdahulu, Jit Meng, 56, dan Tan, 41, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen lain atas tuduhan membuat kenyataan palsu di sebuah lamanweb bahawa perdagangan emas itu adalah selaras dengan prinsip-prinsip syariah.

................

Orang kata,
Pakcik Mahathir kita ni adalah seorang yang mempunyai
visi yang melangkaui masa.

Orang kata lah....
Betul atau tidak, Wallahuallam. 

No comments:

Post a Comment