`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, September 30, 2013

Wang Rakyat dibelanjakan semasa Pemilihan UMNO?

Oleh Nurhajar



Polis Diraja Malaysia akan mengawal kertas-kertas Undi Pemilihan UMNO dengan jumlah keseluruhan kertas undi 14.6 juta

Pihak Polis yang bermenterikan pemimpin UMNO secara terang-terang (aset) kerajaan demi kepentingan parti UMNO apabila PDRM diarahkan utk mengawal 4 juta kertas undi pemilihan UMNO yang melibatkan pemilihan jawatan tertinggi(keseluruhan kertas undi berjumlah 14.6juta) pada bulan depan,atas alasan apa?adakah utk menjaga Keselamatan atau Penipuan,selama ini UMNO menipu majority pengundi dinegara ini dengan pelbagai helah dan agenda,kini UMNO seperti takut kepada bayang-bayang sendiri,

Bagaimana dengan penggunaan Dakwat Kekal yang dibanggakan sebelum ini, kelakar rasanya apabila Pemimpin-pemimpin UMNO sendiri tidak mempercayai sepenuhnya "dakwat kekal yang tidak kekal",malah menggunakan system yang lebih Advance dari SPR(Suruhanjaya Pilihanraya) bukan topic ini yang admin ingin panjangkan bagi admin lantaklah apamcm pun pemilihan,pengiraan undi akan dibuat,itu hak UMNO,apa yang ingin dikongsi adalah salah guna wang rakyat oleh UMNO semasa "PAU"

Wang Rakyat kesekian kalinya disalahgunakan oleh Parti yang kononnya berjuang demi Bangsa,Islam dan Negara.seperti biasa pembaziran,ketirisan,keborosan wang rakyat dibelanjakan ditempat yang tidak sepatutnya.Admin juga berharap pihak PDRM akan membuat kenyataan akhbar berapa Kos yang ditanggung oleh PDRM dalam menguruskan 4 juta kertas undi Pemilihan UMNO tersebut..

4 juta kertas undi dikeluarkan bagi pemilihan jawatan utama Majlis Tertinggi parti melibatkan Timbalan Pengerusi Tetap, tiga Naib Presiden dan 25 anggota MT.

"Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusof berkata kertas undi berkenaan akan diasingkan mengikut jumlah perwakilan bahagian dan dihantar dengan bantuan kawalan Polis Diraja Malaysia ke tempat pemilihan."

Keseluruhannya 14.6 juta kertas undi akan dikeluarkan berdasarkan jumlah perwakilan dan jawatan yang dipertandingkan pada peringkat pusat dan ketiga-tiga sayap serta bahagian di seluruh Semenanjung dan Sabah.

Jumlah keseluruhan kertas undi sebanyak 14.6 juta kertas undi malah melebihi kertas undi yang di keluarkan yang dikeluarkan oleh SPR semasa PRU13 yang lalu,

Berapa agak kos yang ditanggung PDRM semasa proses tersebut,rakyat berhak tahu kerana ia menggunakan duit rakyat dan bukan duit UMNO.

(Yang pastinya Dakwat Kekal tak digunakan atas sebab diragui hanya SPR je guna pakai)
Thankslah sapa yang mengundi UMNO semasa PRU13 hari tu,anda juga menyumbang kearah itu
- See more at: http://wallybandits.blogspot.com/2013/09/wang-rakyat-dibelanjakan-semasa.html#sthash.IxHNkkaM.bYSx32xP.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.