`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, September 22, 2013

Konsert Siti Nurhaliza: Pertahan Budaya Tak Pertahan Agama?




HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR:Penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 34, berjaya memukau penonton dengan persembahan bertenaga dalam Konsert Lentera Timur yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada Jumaat. Lapor mStar hari ini.

"Konsert yang mengangkat lagu-lagu tradisional ini mengabungkan pelbagai budaya masyarakat Melayu Timur yang bukan sahaja dipesembahkan melalui lagu malah turut diselitkan dengan sketsa yang bersesuaian.
Siti membuka tirai dengan persembahan tarian terkenal negeri Kelantan iaitu Mak Yong bersama seorang penari diikuti nyanyian lagu Nirmala dan Kurik Kundi.

"Kemudian diikuti dengan segmen Dikir Timur yang menampilkan kumpulan Arjuna Sukma turut mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton apabila Siti tampil menjadi tukang karut bergandingan dengan tukang karut kumpulan tersebut.

"Seterusnya konsert turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada penyanyi jemputan Datuk M Daud Kilau dengan dua buah lagu iaitu Cik Mek Molek dan Laksamana Raja di Laut.
Konsert diiringi Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) itu mempersembahkan 35 buah lagu tradisional yang digubah dan disusun semula oleh dua pengarah muzik ternama iaitu Mohd. Yazid Zakaria dan Aubrey Suwito." " kata mStar lagi.
Datuk Siti Nurhaliza memukau penonton dengan persembahan bertenaga. Foto AZHAR MAHFOF / THE STAR 

Menurut Weblog Ibnu Hasyim, "Melihat suasana konsert, gaya persembahan, pakaian dan dilihat dari pelbagai sudut, terutama dari sudut Islam, maka jelas konsert tersebut berjaya pertahankan budaya Melayu dan peribumi, tetapi tidak mempertahan budaya Islam yang bersih kejahiliahan."  
"Oleh itu, persembahan tersebut perlu ditingkatkan mutu dan kualitinya, sesuai dengan Islam sebagai agama bagi Persekutuan ini, walaupun terpaksa membina identiti persembahan tersendiri!" jelas editornya Dr Hj Mohd Hasyim.(IH)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.