`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, September 12, 2013

Mencari Pemimpin Negara


Kita kembali kepada tawaran Anwar Ibrahim mencadangkan rundingan meja bulat. Para juak UMNO memekik dan melolong jangan layan Anwar Ibrahim. Kebenian mereka menjadikan mereka beku fikiran dan tidak rasional. Kebencian itu pula bersandarkan kepada tanggapan peribadi yang tidak disokong oleh fakta nya.

Cadangan itu untuk rakyat Malaysia berdepan dengan masaalah bersama. Apakah butiran cadangan tersebut?

Bagaimana mengatasi rasuah yang menjadi barah negara ini. Ianya berlaku disetiap lapisan pembuat keputusan dan. (2) membincangkan bagaimana meredakan ketegangan kaum (3) mencari jalan bagaimana meningkatkan keselamatan dalam negeri (4) mencari jalan membaiki ekonomi yang kian teruk kerana pemimpjn asyik berbelanja tanpa mendisiplinkan diri kepada kemampuan. (5) mencari jalan mengelak pertelagahan agama.

Cadangan ini ditolak mentah oleh kebanyakan pemimpin UMNO. Reaksi bodoh mereka menampakkkan ramai pemimpin UMNO tidak ada kualiti. Bagaimana pemimpin macam ini mahu mengurus negara dan menjadi pemimpin bangsa Melayu?

Maka nya, rakyat dan orang Melayu khususnya mesti bersedia menolak dan bukan menyokong UMNO. Kenapa? Kerana prinsip perjuangan UMNO sudah rosak. Ianya dirosakkan oleh mereka yang mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan negara dan bangsa Melayu.

Apa alasan kita? Bila pimpinnan UMNO menolak tawaran Anwar, ini membuktikan bahawa :-

UMNO tidak mahu membasmi rasuah. Ramai pemimpin UMNO kaya raya dan kekayaan mereka tidak dapat diterangkan oleh gaji yang mereka dapat. Mereka guna kedudukan untuk mengayakan dan menghimpun harta benda.

Najib hanya cakap besar dan kosong apabila mengistiharkan bahawa dia mahu jadikan rasuah a thing of the past. Cakap – semua orang pun boleh. Village idiot macam Mat Tompel di Pekan Pahang pun boleh bercakap demikian. Kalau semua kita bingung bolehlah Najib kelentong kita. Adakah dia mempunyai ketegasan dan keberanian melaksanakan program basmi rasuah? Pemimpin yang tidak ketegasan dan keberanian, tidak berguna untuk negara kita.

Walhal inilah jenis pemimpin yag negara perlukan. Seabab selama ini terutama semenjak zaman Mahathir, para pemimpin mendekatkan diri dengan rakyat melalui merasuah mereka dan memberi mereka wang. Kita memerlukan pimpinan yang akan melakukan dasar yang berlawanan yakni berhenti merasuah rakyat dan mula memperkasakan rakyat melalui usaha kuat dan rajin berkerja. Dasar2 yang melembikkan minda rakyat mesti diganti dengan the rule of law.

Kekuatan UMNO pun didirikan diatas sumber2 rasuah dan penyalah gunaan kuasa. Dengan kuasa yang ada, UMNO memberi monopoli perniagaan, lesen dan sebagainya kepada syarikat proksi nya. ini juga merupakan amalan parti sekutu dengan UMNO- MCA dan MIC. Ini parti2 yang berniaga dan periagaan mereka itu diperolehi melalui penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Jadi bagaimana Najib mahu membasmi rasuah yang selama ini mengayakan UMNO? Ada ahli UMNO bertanya, kemana pergi nya RM2 bilion wang tunai yang ditinggalkan oleh Tengku Razaleigh dan harta2 UMNO yang diperolehi oleh Tengku Razaleigh?

Orang Melayu tidak boleh bergantung kepada parti yang ujud atas rasuah dan salahguna kuasa. Ini alasan pertama orang Melayu mesti sedia tolak UMNO.

Pemimpin yang boleh faham dan menggerti aspirasi rakyat ialah yang memilih bergaul dengan cara bersahaja dan se adanya. Yang suka bergaul dengan rakyat melalui pesta dan keraian, jamuan dan hiburan adalah pemimpin yang akan meneruskan tradisi rasuah dan menyamun harta rakyat.

Apatah lagi pemimpin jenis ini mempunyai isteri yang lupa daratan dan suka menghimpun kekayaan. Tentulah kepentingan dan aspirasi rakyat biasa akan dilupakan.

Dunia kita bukan dunia jamuan dan hiburan dan nyanyian. Rakyat berada dalam kesusahan. Yang mereka perlukan ialah kemakmuran melalui usaha mereka. UMNO melembikkan orang Melayu dari segi jasad dan roh.

Hari ini, matlamat utama orang Melayu ialah mencari pemimpin untuk bangsa Melayu. Matlamat kita bukan mencari pemimpin untuk UMNO. Bagaimana UMNO mencari pemimpin mereka dan jenis apa kita tidak peduli.

Kita peduli apabila jenis pemimpin ynag mereka pilih itu meletakkan diri mereka sebagai pemimpin bangsa Melayu. Bila ini berlaku, ia menjemput semua orang Melayu- tidak kira dari parti apa pun, kecenderungan politik apa pun untuk ke hadapan memberi pandangan mereka.

Bagaimna kita pilih pemimpin untuk bangsa Melayu dan negara ini?

Seorang pemimpin yang pandir atau fatuous akan hanya mengumpulkan para pembodek dan pengampu yang tidak ada talent dikeliling diri nya. pemimpin yang bodoh sangat menjijikan. Pegawai yang korap sangat menjijikan. Tapi yang paling menjijikkan ialah kesetiaan membuta. Bila negara kita ada 3 ramuan ini dalam kepimpinan yang ada, maka masa depan negara akan musnah.

Lihat dikeliling kita. Para pemimpin kita yang mendakwa mereka pemimpin bangsa Melayu suka berpesta dan beraian. Dalam perjumpaan dengan rakyat, persiapan dan makanan dan hiburan tersangat berlebihan. Tujuan nya ialah menunjuk nunjuk kepada rakyat yang dalam kesusahan, negara dan pemimpin kita kaya. Rakyat susah diajar memuja dan setia kepada pemimpin yang nampak kaya dan berkuasa. Bagaimana pemimpin ini menjadi kaya? Mereka jadi kaya kebanyakan nya melalui rasuah dan mengguna kedudukan dalam kerajaan untuk menghimpun kekyaan.

Dari sini kita boleh lihat dua jenis pemimpin. Berlawanan dengan mereka yang suka dengan pesta pestaan dan bertemasya, ialah pemimpin yang suka bersahaja dan bergaul dengan rakyat dalam keadaan yang bersehaja.

Semasa Tun razak jadi TPM dan kemudian PM, dia tidak suka jemputan yang bersifat temasya dan bergaya. Malah dia sangat marah bila pegwai kerajaan berkerumun meninggalkan tugasan mereka menjemput dia dalam siri lawatan dia. Ramai pegawai kerajaan ditegur oleh TUn Razak mengapa lari dari tugasan untuk mengiringi nya. Dia lebih selesa dalam keadaan yang bersahaja dan berurusan dengan rakyat dalam keadaan mereka yang se adanya. Jamuan yang membazir dan terlampau sangat tidak disukai nya. saying nya orang macam Tun Razak tidak ada lagi dalam UMNO.

Dengan cara itu, dia dapat faham keadaan sebenar rakyat. Dia sedar bahawa rakyat ramai yang susah, tidak bependidikan dan tidak mempunyai sumber mengayakan dan membaiki diri. Sebab itu dia lebih suka membangunkan rakyat luar Bandar kerana dia dapat faham keadaan rakyat yang sebenar.

Pemimpin hari ini, lain tabiat nya. mereka suka berseronok, menjemput penyanyi untuk berhibur, bergaul dnegan golongan atasan dan bansgawan. Oleh kerana itu, mereka mengadakan kemajuan untuk orang yang sudah kaya.  Menyelesakan kehidupan golongan yang sudah senang dan kaya merupakan priority pemimpin hari ini.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.