`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, September 10, 2013

Notis roboh rumah Kg Puah helah DBKL kelirukan penduduk

SENTUL: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disyaki menggunakan taktik licik apabila menangguhkan perobohan beberapa rumah penduduk Kampung Puah Seberang yang dijadualkan pagi tadi.

roboh

Sedangkan, dinding rumah terlibat sejak dua minggu lalu ditampal notis dan ‘spray’ merah yang ditanda sebagai ‘ROL’ dan ’10.9.13′, iaitu tarikh premis berkenaan akan diroboh.

Bagaimanapun, tiada sebarang jentera yang diturunkan ke kawasan itu untuk aktiviti perobohan.

Penduduk yang ditemui berkata, berkemungkinan tarikh perobohan yang diberikan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan bertujuan untuk memastikan penduduk keliru dengan tarikh sebenar perobohan.

“Kakak rasa ini taktik mereka. Kalau DBKL mahu robohkan hari ini, mesti susah dan kecoh sebab ramai penduduk kampung akan berkumpul untuk membantah tindakan zalim tersebut.

“Dengan penangguhan ini, pihak berkuasa membuatkan penduduk keliru dan letih menunggu bila seterusnya tindakan DBKL.


“Kemudian bilangan yang berkumpul akan berkurangan kerana komitmen lain dan masa itulah waktu paling sesuai DBKL datang dan robohkan rumah kami,” ujar Fatimah Aman.

Tinjauan Keadilan Daily mendapati, bilangan penduduk yang berhimpun tidak mencecah 10 orang berkemungkinan disebabkan sebilangannya bekerja.

Fatimah Aman

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.