`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, September 12, 2013

Projek IC: Semalam salahkan Pegawai Kerajaan.. Hari ini Mahathir salahkan Anwar Ibrahim pulak..


Nampaknya dah sama tarafnya bekas Perdana Menteri kita ni dengan macai-macai UMNO.. apa saja bala bencana yang menimpa negara diletakkan kesalahan kepada Anwar Ibrahim..

Malah semalam ada macai UMNO yang meletakkan punca ranking Universiti di Malaysia merudum kepada Anwar Ibrahim... malang sungguh insan yang bernama Anwar Ibrahim ni..

Jika semalam dilaporkan Dr Mahathir ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah,menyalahkan “pegawai kerajaan”.

Malah beliau juga menafikan pernah memberi sebarang arahan kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang asing pada ketika itu.

Sedangkan pada awal tahun ini sekitar 17 Januari 2013, beliau telah mengaku bertanggungjawab memberi taraf kewarganegaraan kepada warga asing pasa zaman pentadbirannya.. lihat videonya di ( SINI )

Hari ini pula beliau menuding ke arah Anwar Ibrahim...

Jika Projek IC polisi kerajaan, Anwar patut tahu, kata Dr Mahathir 
Sekiranya "Projek IC" menjadi agenda kerajaan ketika zaman pemerintahannya, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan timbalannya yang ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pasti akan menghentikan projek berkenaan. 
Tanpa menamakan Anwar, bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini menegaskan, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seharusnya mengetahui kejadian yang berlaku di Sabah kerana mereka mengetahui polisi kerajaan. 
"Jika ianya polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?" soalnya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini. 
"Adakah dia akan menipu di suruhanjaya dan mengatakan saya yang arahkan? Dia mesti tahu, kerana dia timbalan saya," katanya merujuk kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pendatang haram di Sabah. 
Dr Mahathir, 88, semalam berkata beliau tidak pernanh mengetahui kewujudan Projek IC dan mendakwanya telah disalah guna. 
“Saya tidak pernah tahu mengenai Projek IC sehinggalah baru-baru ini,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan panel RCI. 
Dr Mahathir mendakwa, beliau tidak kisah apabila namanya digunakan, dan berkata namanya digunakan di banyak tempat dan beliau digelar perkauman dan seorang ultra. 
“Saya tidak pernah peduli dan kisah mengenai perkara itu,” katanya dan menambah tidak pernah memberi sebarang arahan kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh atau mana-mana individu merujuk kepada pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing. 
Dr Mahathir berkata, tiada keperluan untuknya mengeluarkan arahan supaya pendatang asing diberikan kad pengenalan kerana ia dilakukan mengikut undang-undang sedia ada dan tidak perlu arahan berikutan ia adalah proses biasa. 
Ketika ditanya sama ada bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Mustapha Harun ada meminta kebenarannya mengenai pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing, Dr Mahathir berkata, beliau tidak ingat ada memberi sebarang arahan tertentu tetapi ada menasihati Mustapha supaya mengikut undang-undang. 
Beliau bagaimanapun berkata sering terjadi arahannya disalahertikan oleh menteri dan pegawai kanan kerajaan. 
Katanya, beliau selalu mengadakan mesyuarat selepas mesyuarat pasca Kabinet untuk menjelaskan lagi arahannya bagi memastikan arahannya itu jelas dan difahami ~ The Malaysian Insider


"Jika ianya polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?".. kah.. kah.. kah... bolehke Timbalan Perdana Menteri overwrite arahan Perdana Menteri?

Komen macai yang salahkan Anwar Ibrahim tentang taraf Universiti yang merudum tu sila baca di ( SINI )

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.