`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, September 10, 2013

UiTM DILETAK DI BAWAH MAJLIS RAJA-RAJA: APA PANDANGAN ORANG MELAYU/BUMIPUTERA?

MENARA KEMBAR UiTM SEKADAR SIMBOL?

Letak UiTM di bawah bidangkuasa Majlis Raja-Raja?

Kenapa?

Perlukah?

Jika UiTM diletakkan di bawah bidangkuasa Majlis Raja-Raja, Akta 173 perlu diganti dengan yang baru (http://jpt.mohe.gov.my). 

Tapi untuk apa?

Kepentingan politik?

Kepentingan Melayu/Bumiputera? 

Cuba, try, test?

Kalau tak jadi, rungkai, buat lain?

Sudah tentu meletakkan UiTM di bawah Majlis Raja-Raja akan memerlukan satu badan lain (yang mungkin serupa Senet UiTM, tapi duduk di atasnya) untuk jadi govenance yang menghubungkan UiTM dengan IPT dan Majlis Raja-Raja. Akan perlu orang atau orang-orang yang akan mendapat elaun hanya kerana didudukkan di kerusi itu. 

Satu duplikasi kerja, tambahan birokrasi dan pembaziran dana awam!
MASIH TAK FAHAM? (BACA DI SINI)

Hutang Malaysia seperti ini:

DARI MANA NAK DAPAT DANA LAGI?

Siapakah yang sedang menanggung beban hutang ini kalau bukan rakyat jelata, termasuk ibu-bapa pelajar-pelajar UiTM dan stafnya?

Mohon para bijak pandai beri pandangan dan nasihat!

Yang penting untuk menjadikan UiTM cemerlang, terbilang dan gemilang bukan di mana ia ditempatkan, tetapi pucuk pimpinan yang mengurusnya.

Macam pokok durian, jika bagus benihnya, baguslah dia. Jika busuk, busuklah dia. Takkan tumbuh walau macam mana dibaja...

Walaupun benih itu ditanam di perkarangan Istana...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.