`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, September 22, 2013

Wajah baharu dalam Puteri, satu manifestasi hasrat

Pada pemilihan Umno kali ini, pergerakan itu menampilkan 95 peratus muka baharu.
KUALA LUMPUR: Jumlah pencalonan yang menyaksikan banyak wajah baharu bagi merebut pelbagai jawatan pucuk pimpinan Pergerakan Puteri Umno pada pemilihan parti bulan depan merupakan satu manifestasi kepada hasrat anggota pergerakan itu untuk membawa transformasi dalam parti.
Pada pemilihan kali ini, pergerakan itu menampilkan 95 peratus muka baharu dan menurut penganalisis politik keadaan itu menunjukkan rakyat yang bukan anggota Umno memberi perhatian kepada perkembangan yang berlaku dalam parti itu.
Daripada 38 borang pencalonan yang diterima pada hari penamaan calon semalam, hanya dua sahaja yang berusaha mengekalkan jawatan masing-masing.
Mereka ialah Pengerusi Tetap Puteri Umno Azlieza Azizan yang turut diisytiharkan menang tanpa bertanding dan Ketua Puteri Ipoh Barat, Isfarina Mohd Bali yang mempertahan jawatan exco Puteri.
Secara keseluruhannya jumlah pencalonan yang diterima bagi jawatan pengerusi
tetap satu, timbalan pengerusi tetap (dua), ketua puteri (dua), naib ketua puteri (tiga) dan anggota jawatankuasa pergerakan (30).
Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Azmi Hassan berkata “calon baharu adalah manifestasi kepada hasrat anggota bahawa mereka mahu melakukan transformasi dan perubahan dalam parti.
“Rakyat, walaupun bukan anggota Umno memerhati pemilihan kali ini dengan penuh minat dan membuat penilaian sama ada Umno mahu berubah atau tidak mahu menyahut kehendak rakyat terutama sekali selepas pilihan raya umum ke-13,” katanya.
Kehadiran 95 peratus muka baharu dalam sayap bongsu parti keramat orang Melayu itu merupakan isyarat jelas bahawa ia sememangnya komited untuk membawa perubahan demi menarik lebih ramai penyertaan daripada golongan wanita muda.
Dunia politik
Penganalisis politik berpendapat situasi itu sedikit sebanyak menepis tanggapan kononnya wanita muda di negara ini tidak berminat dengan dunia politik.
Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata kehadiran wajah-wajah baharu itu menunjukkan “gadis-gadis” muda di negara ini sememangnya minat berpolitik dan menganggapnya cara terbaik untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara.
“Ini adalah satu proses kepada Umno untuk teruskan kelangsungan kepimpinannya dan bukti bahawa ia bukan parti yang mengongkong kerana sentiasa membuka peluang kepada mana-mana anggota untuk mengambil bahagian dalam pertandingan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Pandangan sama turut disuarakan Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi Pengajian Media Universiti Teknologi Mara Prof Madya Dr Ismail Sualman yang berkata muka baharu itu diharap dapat menyumbang idea segar untuk meremajakan Umno dan seterusnya melahirkan lebih ramai bakal pemimpin berwibawa.
“Eloklah kalau ada pemimpin pelapis untuk bertanding pada pemilihan kali ini kerana ia bukti semangat demokrasi yang subur dalam Puteri Umno,” katanya.
Beliau berkata pergerakan Puteri Umno juga merupakan satu landasan terbaik buat wanita muda yang ingin berjinak-jinak dalam arena politik serta mahu menjadi pemimpin.
- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.