`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 9, 2013

Kahwin Muda | Remaja Lelaki 15 Tahun Nikahi Gadis 16 Tahun

Kahwin Muda |  Remaja Lelaki 15 Tahun Nikahi Gadis 16 Tahun
Add caption
“Saya akan buktikan, mampu menjadi suami terbaik buat isteri, sekali gus ayah dalam keluarga kami yang bahagia, walaupun baru berusia 15 tahun.

“Restu keluarga dan sanak saudara menjadi kekuatan kepada saya, membuktikan bahawa usia bukan ukuran dalam menentukan kemampuan dan tanggungjawab menjadi suami,” kata Muhamad Haikal Farith Mohd Shah.

Beliau selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, yang masih belajar dalam Tingkatan Empat, oleh Imam Masjid Teluk Kemang, Port Dickson, Rahim Jaafar, kelmarin.

Muhamad Haikal berkata, bapanya, Mohd Shah Abdul Aziz, 43, memohon kebenaran mahkamah bagi membolehkan dia bernikah dengan pasangannya kerana usia mereka yang masih muda.

Katanya, walaupun beliau muda setahun daripada isterinya, namun semangat dan tanggungjawab semakin membara dalam dirinya terutama selepas selamat dinikahkan bagi memastikan perkahwinan mereka bahagia.
Beliau tidak melihat kegagalan perkahwinan pasangan remaja yang berakhir kurang setahun, sebagai perkara yang menakutkan.

Kahwin Muda |  Remaja Lelaki 15 Tahun Nikahi Gadis 16 Tahun

“Walaupun masih muda, saya berusaha menjadi suami terbaik dan memastikan rumah tangga didirikan kekal hingga ke akhir hayat. Memang ramai memandang sinis, tetapi kami akan berusaha membuktikan usia bukan jaminan kebahagiaan.

“Setakat ini keluarga dan adik beradik banyak memberi semangat. Usia muda bukan penghalang untuk jadi suami terbaik dan saya akan buktikan,” tegasnya ketika ditemui membawa pasangannya menziarahi rumah saudara mereka di sini, semalam.

Muhammad Haikal yang sudah tidak bersekolah sejak setahun lalu, membantu perniagaan bapanya yang juga seorang kontraktor binaan.

Mohd Shah berkata, walaupun sudah berkahwin, namun anak dan menantu akan tinggal bersama keluarganya, sementara menantunya akan terus bersekolah.

Bulan lalu, BH mendedahkan perkahwinan sepasang remaja berusia 19 dan 12 tahun, berakhir dengan perceraian seminggu sebelum ulang tahun pertama mereka.

Sumber: Berita Harian Online

P/S: Semoga perkahwinan ini kekal ssehingga akhir hayat. Isu kahwin muda sebenarnya bukan lah isu besar bagi akulah, kalau dah rasa mampu dan mengelakkan maksiat lebih baik kahwin. Kalau kita tengok budak2 zaman sekarang duk kapel bawak anak dara ke hulu hilir ada tu sampai melahirkan anak luar nikah tu lagi laa malu.

Zaman Mak Ayah kita pun kahwin awal jugak ok jer, pokok pangkalnya hendak mendirikan rumahtangga ilmu kena laa ada, Ilmu agama, kewangan semua kena ambil kira.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.