`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 30, 2013

BAGAIMANA NAK KEJAR JIKA PENGGUNA NAIK BASIKAL, HARGA BARANG PULA NAIK JET, DATUK NADZIM?

NAK PEKERJA MOONLIGHTING KE?

Selama ini Yong tak pernah komen tentang PPIM ini. Yong tahu, bukan tak tahu apa demer buat. Anak buah pernah bekerja dengan syarikat yang ada kaitan dengan PPIM. Banyak dia cerita. Tapi Yong biarkan sahaja. Yang penting PPIM mewar-warkan tentang mana produk halal dan halal. Mana perkhidmatan halal dan haram. Perjuangkan hak pengguna Islam. Itu tanggungjawab hakiki. Itu amanah.

Yong taknak "belasah" Datuk. Tapi adakah Datuk Nadzim ingat lagi apa manifesto BN?

Dah lupa? Okay, Yong bagi ingat:

BERAPA DIA KATA AMAUN BR1M?

Ada dalam manifesto BN janji beri BR1M sebanyak RM1200 pada tahun 2014 untuk mengimbangi kos sara hidup yang meningkat. Tapi berapa dia nak bagi?

MUNGKIR JANJI YANG JELAS!

Bolehkah mungkir janji ini diterima dengan bekerja kuat bagi rakyat Marhaen yang sudah sampai ke penghujung kudrat?

Rakyat Marhaen faham, kenaikan harga barang didorong oleh kenaikan harga minyak. Situasi ini akan menjadi spiral yang lebih teruk kerana tol juga dijangka naik.

TURUN TOL ATAU NAIK TOL?

Apa yang Datuk Nadzim ingin syorkan kepada kami? Haruskah kami moonlight setiap hari kerana ingin menambah pendapatan dan mengabaikan tugas hakiki? Datuk tentu maklum, bagi kakitangan yang makan gaji (awam dan swasta), upah yang dibawa pulang bukan ditentukan oleh pekerja tapi oleh majikan.

PENSTRUKTURAN CUKAI ITU MAKNANYA GST?

Selepas ini pula rakyat Marhaen akan dikenakan GST sebagai sebahagian daripada skim pembaharuan struktur cukai yang lebih terbuka. 

Ini lawak atau penghinaan?

PPIM adalah sebuah pertubuhan yang berlandaskan Islam. Oleh kerana itu sikap kepimpinannya haruslah sealiran dengan falsafah pertubuhannya. 

Bukankah Nabi Muhammad (s.a.w) itu digelar Al-Amin kerana amanah Baginda? Tapi di mana amanahnya PPIM dalam memperjuangkan hak pengguna Islam? Kenapa masih mempertahankan kepimpinan yang mungkir janji dengan jelas?

Bagaimana kita hendak mengatasi kenaikan harga barang jika kudrat rakyat Marhein hanya dibantu sebuah basikal buruk, sedangkan harga barang naik sepantas jet yang terbang sambil memuntahkan bomb?

YANG TIDAK MAMPU HANYA MENUNGGU MAUT

Mengapa membunuh sekelumit harapan yang kami miliki sementara anak Rosmah dikhabarkan sedang bermewah-mewah di New York?

Beginilah apabila pemimpin Islam sudah kehilangan Nur Islamnya. Menyedihkan! Pathetic!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.