`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 31, 2013

Rafizi Anjur Pertandingan E-mel Palsu, Hadiah RM1,000

Ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli menganjurkan pertandingan mengarang emel palsu dengan hadiah sehingga RM1,000 untuk melihat sama ada polis akan bertindak ke atas perbuatan seperti itu.

“Saya, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan dengan ini menganjurkan satu pertandingan email palsu yang menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 bertujuan menguji sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil individu-individu yang disabitkan di dalam email palsu ini, seperti mana mereka memanggil dan menyiasat saya,” kenyataan Rafizi dipetik.

Syarat-syarat pertandingan adalah email palsu itu hendaklah dialamatkan kepada salah seorang sama ada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara,

Untuk layak menyertai pertandingan ini, setiap email yang dihantar kepada salah seorang dari mereka perlulah disalinkan kepada pertandinganemail@gmail.com

Menurut penganjur, pertandingan dibuka selama seminggu bermula hari inim 30 Disember 2013 dan berakhir 6 Januari 2014. Pemenang akan diumumkan pada 10 Januari 2014.


Maklumat lanjut berhubung pertandingan boleh diperolehi melalui laman blogemailpalsu.blogspot.com. ~kd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.