`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 18, 2014

Bukti Golongan Anti Hadis (Kassim Ahmad) Berkumpul di blog OutSyed The Box - harap JAKIM / @KDNPutrajaya Dapat Buat Sesuatu !!!

Selepas meneliti lebih mendalam terhadap komen di sebalik entri Dr Kassim Ahmad atau KA didapati banyak pandangan yang diutarakan adalah sangat jauh dari pegangan ahli Sunnah Wak Jamaah yang dipakai dan diterima majoriti ulama Islam.

Dalam agama kita mengikut Nabi Muhammad saw yang dibawa riwayat hadis baginda dari perawi ke perawi sebelum dibukukan. Perlu diingat mereka orang sangat amanah dan jujur bukan seperti khayalan puak anti hadis yang suka melempar fitnah terhadap ulama kononnya tidak mungkin jujur mengumpulkan hadis hadis.

Lebih teruk imam muktabar seperti Imam Syafei ra juga diperlekeh golongan ini selain Imam Bukhari dll.

Berikut komen pembaca Panglima dan juga komen di blog Outsyedthebox yang didapati cenderung kepada Al Quran sahaja dengan mengenepikan hadis atas alasan kemungkinan direka-reka.




Manakala komen pembaca blog beliau :






Lebih jelas mengetahui pendirian Blogger ini anda boleh baca skrin imej di bawah :




Komen asal sila klik :



Moga Allah dapat beri petunjuk kepada kita semua. Jangan menolak hadis hadis Nabi saw dan mengikut Kassim Ahmad yang menjadikan alasan remeh untuk menolak hadis Nabi saw. Hadis dibukukan dengan kaedah sangat teliti sehingga perawi yang menipu ayam ditolak hadis yang mereka riwayatkan !

Kelab Che Det juga dipercayai (mengikut info) telah diresapi segelintir puak ini dan harap ada yang akan menyiasat lebih lanjut tentangnya. Mereka ada bahan rujukan tersendiri dan mereka ini berkeliaran berhujah dengan rakan seperjuangan dalam Umno untuk menyebarkan doktrin mereka.

Kita tidak mahu Tun Mahathir dijadikan ikon untuk memudahkan gerakan anti hadis ini untuk menyebarkan risalah songsang mereka. Sehingga menampakkan seolah Tun M bersetuju dengan pandangan mereka yang menolak hadis yang diterima majoriti ulama dunia Islam dulu hingga sekarang.

Mari berjuang pertahankan akidah ASWJ di akhir zaman ini.


Baca semula Fatwa pada tahun 1995 tentang golongan Anti hadis ini yang boleh dihukum murtad (nauzubillahiminzalik)




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.