`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 13, 2014

Disebalik Gesaan Mengembalikan Dr Mahathir



Dalam negara kita, kita ada pemimpin yang tidak memimpin. Atau lebih tepat, kita ada pemimpin yang tidak berani memimpin. Kita ada masaalah agama. Islam lawan kristian. Islam lawan Islam. syiah lawan sunnah lawan wahhabi. Kita ada masaalah perkauman. rata2 nya orang UMNO menyalahkan bangsa Cina. Pemimpin besar UMNO semua berakan-kongsi dengan cina tau. Masaalah ekonomi tidak perlu kita sebut lagi. Rakyat marhaen sudah mengharamjadahkan Najib. 

Mana nya kepimpinan dan pemimpin negara ini?

Sebaliknya kita ada pemimpin dalam diri PM yang mengikut citarasa umum dan suka dipandang popular. Kepada sesiapa yang belum mengenali Najib, dia seorang yang mahukan setiap orang menyukai nya. kalau ada 10 oramg, dia mahukan semua kesepuluh menyukai nya, sesuatu yang mustahil. Saya pernah menyatakan kepada beliau- kenapa anda mahukan 100%? 60% sudah pun menang merujuk kepada kecenderungan nya menyukakan hati semua orang. Kebenaran nya, ialah mustahil untuk please everyone.

Elok kita berdepan dengan reaiti dan jangan berselindung dengan pahit yang digula gulakan. Bila Zainudin Maidin menyarankan supaya Dr Mahathir kembali mengetuai kerajaan, ia mengesahkan bahawa Najib seorang pemimpin yang incompetent dan berklas F. lebih teruk dari Pak Lah.

Apa punca masaalah kepimpinan Najib? Beberapa tahun yang lalu, ketika berbual dengan salah seorang adik Najib, saya menyamakan Najib sebagai pemimpin macam suatu dewa Hindu yang berkepala banyak.setiap kepala yang berlainan, digunakan untuk bercakap lain kepada kumpulan yang lain. Didepan cakap lain, toleh arah lain, akan cakap lain. Najib konsistent dalam tidak-konsisten.

Tapi, ahli UMNO terus meyakini Najib. Wanita UMNO gugur iman memandang bibir nya yang mekar merah. Ahli UMNO standard Shahidan Kassim seperti saya nyatakan, akan cium tangan Najib sehingga berciut bunyi nya. kepada mereka, apa yang mereka suka lah. To each his own.

Tidak mengapalah. Mesej saya untuk orang Melayu lain yang lebih ramai dari ahli UMNO yang 3.4 juta. Jumlah orang Melayu yang bukan ahli UMNO 14.6 juta. Misi saya ialah membuat sokongan daripada 14.6 juta Melayu yang bukan ahli UMNO meyakini bahawa masa depan mereka tidak semestinya bersama UMNO. Tidak semesti bersama UMNO ertinya tidak semesti dengan Najib.

Punca nya ialah Najib tidak ada ketegasan/keberanian memimpin. Ciri ini tidak sama dengan kebolehan menjerit jerit- kita tahu Najib boleh menjerit sehingga muka merah padam semasa berucap di perhimpunan. Ciri ini tidak sama dengan menjerit jerit slogan menyemarakkan semangat penyokong UMNO. Kita tahu Najib pernah berkata mengenai menumpahkan darah. 

Cakap, semua orang boleh.

Yang saya maksudkan dengan ketegasan ialah ketegasan moral yakni keberanian mengambil posisi yang berlawanan mengatasi perasaan malu, berlawanan dengan arus dan mengatasi skendel peribadi. Kenapa Najib tunduk kepada tekanan melarang penggunaan istilah Allah dan menyetujui pengharaman 35 istilah agama Islam? Najib tidak perlu lebih Islam dari orang lain. Adakah tunduk kepada tekanan popular dan pengharaman 35 kalimah dan isitilah, mengukuhkan aqidah Islam orang Melayu? Kenapa Najib membisu bila rata2 nya mood perwakilan UMNO baru2 ini menyalahkan orang lain diatas kekurangan serba serbi bangsa Melayu? UMNO yang menyebabkan Melayu jadi demikian. Najib tidak ada telor membetulkan persepsi tersebut.

Sementara kita mengondem Chua Soi Lek kerana pengakuan aksi video nya, sebagai pemimpin dia ada ketegasan untuk menjalankan tugas nya sebagai presiden MCA mengatasi skendel peribadi nya. dia tegas untuk persevere dalam wawasan nya walaupun pendapat popular ahli MCA mengutuknya. Dia tidak kira jika dia tidak dapat memuaskan hati semua orang. Dalam konteks ini Soi Lek lebih merupakan seorang pemimpin dari Najib.

Najib sebaliknya. Bila pemimpin tidak ada ketegasan/keberanian, semua ciri2 perwatakan murni yang lain tidak ada. Takde keberanian, maka tidak ada prudence yakni kebolehan mengurus dan mendisiplin diri dengan menggunakan penalaran/reasoning.Tidak ada ketegasan dan keberanian maka tidak ada ciri keadilan yakni mengimbangi antara pentingkan diri dan pentingkan orang lain. Juga tidak ada temperance atau kesederhanaan  iaitu mengawal diri.

Masaalah nya, Najib dikawal dan dikonkong oleh orang lain. Dia tidak akan bergerak sehinga consultants mencapai kata sepakat. Dia tidak bergerak sehingga pemandu kata boleh jalan. Dia tidak bergerak sehingga bilik perang nya kata OK. Najib ni sebagai pemimpin, nampak nya is a political vegetable. Lama dahulu, saya menggelarkan dia political invertebrate. Kemdian kemudian nya, saya bersedia untuk concede dia ada tulang belakang, tapi sukar untuk saya menemui lokasi tulang belakang nya.

Di Indonesia, prestij PM Malaysia berada pada tahap terendah. Apa nak kita kata bila orang lain memandang PM kita sebagai seorang penakut. Yang paling dasyat, PM kita takut buat keputusan. Keputusan dibuat oleh consultanta umpamanya yang jumlah nya ramai. Najib menyerahkan pemutusan sesuatu perkara kepada consultant bererti Najib telah meninggalkan tanggung jawab memimpin. Bayaran kepada consultant pun mahal- RM72 billion dalam masa 5 tahun atau RM3.9 million sehari. Ambik kau orang kampong.

Keselamatan dalam negeri kita sekarang diambil alih oleh pengawal keselamatan Nepal, Bangladesh, Pakistan. Ertinya, keselamtan rakyat sudah dikontrakkan keluar.

Pemikiran dikontrakkan. Keselamatan rakyat dikontrakkan. Pengurusan ekonomi dikontrakkan. Ini semua tanda2 empire UMNO akan hancur.

 Empire Rome dahulu mulai hancur bila Rome mengontrakkan keselamatan nya kepada askar2 upahan yang terdiri dari barbarians dari selatan. Najib bertindak seperti maharaja2 Rome yang sikit demi sikit mengontrakkan pengurusan seluruh negara kepada orang upahan.

Dengan memimpin negara seperti ini, buta mata kita berdegil mahu menyatakan Najib seoang pemimpin yang baik. Najib lebih teruk dari Pak Lah. Dan Pak Lah kaki tidur. Dalam tidur2, sekarang orang kata Pak Lah lagi baik.

Kita tak perlu berdolak dalik. Najib is an incompetent elader. Biarlah ada orang mengiklankan pemujaan mereka secara terbuka terhadap Najib atau wanita pertama- fakta nya, Najib is an incompetent leader. Gesaan untuk mengembalikan Dr Mahathir memimpin negara adalah euphemism yang mengesahkan incompetence Najib. Berdepanlah kita dengan kenyataan- Najib fails as a leader. Semua nya berpunca kerana dia tidak ada telor.

Lawan keberanian ialah 2 perkara. Berani sangat dia jadi cuai. Kurang sangat berani dia jadi penakut. Kepada saya, kepimpina Najib berada antara cuai dan penakut. Kedua dua sifat negative. Itulah sifat kepimpinan najib sebenarnya- kepimpinan nya keatas Malaysia ialah negative. Sebab itu kita ada esktremism , perkauman dan ekonomi yang buruk.

Posted by sakmongkol AK47 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.