`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, January 17, 2014

Kangkung Oh Kangkung...

Kangkung pada tahun ini lebih popular berbanding sayur-sayur seperti sawi, bayam dan kobis. Berdasarkan carian di Yahoo, Google mahupun Bing, pastilah sayur jenis ini dikaitkan dengan resepi, manfaat, dan lain-lain. Jarang sekali kangkung mendapat perhatian meluas kecuali setelah diangkat martabatnya oleh Perdana Menteri Najib dalam ucapannya baru-baru ini. 

Kangkung kelihatannya telah menempati status yang tinggi setelah prestasinya merudum gara-gara budak meninggal kerana batang kangkung yang dimakan mengandungi lintah yang kemudiannya membiak dalam perut kanak-kanak itu.

googlekangkung

Sayur yang mengandungi banyak vitamin A, B, C dan K ini sedap jika dimasak tumis. Manfaat kangkung antaranya mengurangi haid, keputihan di faraj, mual bagi ibu hamil dan melancarkan air mani. Sudah tentu ini tiada kaitan dengan prestasi kehidupan seks (baca:http://beta.malaysiakini.com/news/245025 Pengambilan gula berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang)! 

Mujur juga naik turun barang tidak dikaitkan sekali lagi dengan ketetapan Allah (sebagai Melayu Islam dan bukan penduduk Pulau Pinang, saya dibenarkan menyebut kata ini.).

Kangkung bukan sahaja menjadi subjek pada era moden tetapi juga subjek dalam Hikayat Hang Tuah, bilamana dengan kebijaksanaan yang ada pada Hang Tuah, dia melihat Maharaja China, yang tiada sesiapapun dibenarkan melihat wajahnya. Ketika rombongan Hang Tuah ke China hendak dijamu makan, Hang Tuah telah menyatakan bahawa orang Keling makan sayur, daun kayu dan buah kayu yang tidak dikerat dan dibiarkan panjang-panjang. 

Ketika makan, Hang Tuah telah mendongakkan kepala. Pada masa itulah beliau dapat melihat Maharaja China yang duduk dalam mulut naga emas bersisik. Jelas, kebijaksanaannya telah menyelamatkan dirinya daripada dipenggal, dengan subjek yang sama bagaimanapun ia menunjukkan kecetekan pemimpin negara kita pada masa ini.

Datuk Seri Najib dilaporkan mengatakan tentang penurunan sesetengah barang, kangkung yang sebelum ini naik kini turun, “Dalam suratkhabar, saya baca, ada yang dah turun,. Kangkung dulu naik sekarang dah turun.” (tonton video: http://www.youtube.com/watch?v=E7EOmv1GkM0) Sambil menyifatkan ramai yang tidak memuji kerajaan dan bila harga naik, mereka menyalahkan kerajaan. Ini menurutnya tidak adil.

Tidak sedikit yang menjadikan topik ini untuk datang dengan gambar di baju kemeja, instagram, whatsapp dan sebagainya sebagai bahan jenaka. Bukan sahaja berita ini menjadi buah mulut di media alternatif tetapi juga BBC News.

Kejadian ini bukan sesuatu yang membanggakan apabila Perdana Menteri Malaysia yang dijuluki dengan gelaran Bapa Transformasi, hanya mampu mengubah kedudukan kangkung tetapi tidak status rakyatnya yang dihimpit kenaikan barang dan kurangnya kuasa beli. Kenaikan tarif elektrik, minyak petrol, gula, makanan, tambang bas – semua ini menaikkan kos hidup. Pengangkutan, perumahan, pendidikan adalah bidang kuasa kerajaan pusat.

Ini menunjukkan kegagalan pentadbiran Perdana Menteri bukan sahaja dalam mendapatkan legitimasi rakyat tetapi juga menguruskan kewangan dan perbelanjaan negara – sangat bertentangan dengan bapanya, Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan yang berupaya meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar dan membangunkan ekonomi negara melalui Rancangan Buku Hijau (20 Disember 1974).

Kangkung dan Rancangan Buku Hijau walaupun kedua-duanya menyentuh sektor pertanian tetapi mempunyai kesan berbeza ke atas rakyat Malaysia – di bandar, pinggir bandar dan kampung – sama ada mereka menggemari nasi goreng kampong, kangkung goreng belacan atau yong tau fu. 

Sikap bena tak bena menyebabkan pernyataan kurang bijak seperti “Tiada aduan bukti rakyat malaysia sokong kenaikan harga”, “jangan makan ayam sekiranya harga ayam mahal”, “pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi”, “Harga barang adalah ketetapan Allah”.

Ini bukanlah kenaikan harga 20 sen atau 50 sen, air teh ais kurang gula atau kopi O, tetapi kesan domino yang dihadapi oleh pengguna terutamanya mereka yang bergantung pada bahan asasi seperti gula, sayuran, minyak petrol.

Yang dikhuatiri dalam gelak tawa dan sorak sorai kita tentang ucapan kangkung (baca: kata adj), kita terlupa akan penting dan gentingnya perbelanjaan negara diurus dengan baik agar kesannya tidak ditanggung rakyat yang menghabiskan hidup menyelesaikan hutang negara.

Dan dalam keriuhan “kangkung” ini, semoga lagu Lenggang Kangkung yang menjadi hiburan ketika kanak-kanak tidak pula menjadi punca konflik tuntutan warisan budaya Malaysia Indonesia yang banyak berkongsi sejarah dan budaya dalam satu tamadun yang besar. 

Perkelahian yang sia-sia tidak diperlukan terutama dalam negara yang kononnya aman didiami pelbagai etnik. Justeru, marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana Malaysia masih aman. –Aishah,Roketkini.com

bbc spinach


Hundreds of joke images are being shared on social media in Malaysia... 
 
Malaysia’s prime minister is being widely lampooned on social media for a comment he made about the price of kangkung, or water spinach.

Food is a faux pas minefield for politicians, especially when it’s perceived as being used in a get-down-with-the-people kind of way – think of British Prime Minister David Cameron’s pasty moment or Chancellor George Osborne’s “posh burger” tweet. The almost inevitable response seems to be ridicule. That’s where the Malaysian Prime Minister Najib Razak finds himself right now. With the government under fire because of price hikes in basics like fuel and electricity, he choose to push back by highlighting a reduction in the cost of the leafy green vegetable kangkung. 

Kangkung – also known as water spinach, morning glory and Chinese spinach – is widely eaten in Malaysia, and is cooked as a stir-fry with a little garlic or chilli paste. But it’s cheap, grows wild alongside streams, paddy fields and drains, and is not considered a staple. Moments after a video of the prime minister was posted making the comments, the sarcasm and jokes began to trend on social media in Malaysia. 

There have been hundreds of thousands of tweets, a Facebook page set up – with 10,000 followers already – a YouTube re-mix of his comments, the lyrics to popular and traditional folk songs have been re-worked, and “Keep calm and eat kangkung” T-shirts have been made and rushed to market.

“Kangkung-gate”, as it’s been dubbed by some, has h a nerve because many people are struggling with the rising cost of living, and are resentful of what they regard as corruption, and lavish spending by the government. Unsurprisingly many opposition politicians – including Anwar Ibrahim – have seized on the opportunity to join in the collective fun-poking. 

The story has been so big on social media that many have complained of their timelines being clogged up. “This kangkung obsession is fast becoming a laughing stalk,” tweeted comedian Kuah Jenhan. “Lettuce get to the root of the problem. We have mushroom for improvement.”- Reporting by Cordelia Hebblethwaite,BBC News


Photo: Apalagi yg melayu umno kangkung mahu?
   Apa lagi Melayu UMNO kangkong mahu...

 cheers.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.