Hujung minggu.
Seorang ibu muda menceritakan pengalamannya masukkan anak ke sekolah agama. Ibu muda ini telah menghantar anaknya ke tadika Islam selama 2 tahun. Kerana itu dia ingin anaknya terus ke sekolah agama. Katanya dia sendiri tak berpeluang semasa kecil dulu. Dia amat cemburu dengan adik lelakinya yang pandai mengaji quran kerana bersekolah agama.
Sekolah yang paling dekat ialah Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 7, Shah Alam.
Ketika dia menghubungi sekolah itu dia mendapati sekolah itu ada ujian kelayakan. Oleh kerana dia tinggal di Seksyen 9, ibu ini bertanya kepada pihak sekolah bila ujian di Sekolah Rendah Seksyen 9 diadakan. Alangkah kecewanya ibu ini kerana ujian diadakan pada hari yang sama. Sekolah di Seksyen 9, Shah Alam adalah sekolah berprestasi tinggi.
Alahai, kesian si ibu ini. Dia pun terpaksa membuat pilihan yang sukar. Dia memilih untuk menghantar anaknya mengambil peperiksaan di Sekolah Seksyen 9 kerana katanya, "Takut yang dikejar tak dapat, yang dikandung berciciran." Kalau anaknya gagal ujian di Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 7, dia takut anaknya terpaksa disekolahkan entah di mana-mana.
Menurut ibu ini, dulu masa dia masukkan anak sulungnya ke sekolah Seksyen 9 ini, takde pulak ujian!
Kata pihak sekolah, ujian diadakan untuk menyaring keupayaan murid-murid, kerana ramai ibu bapa yang bukan dari Seksyen 9 juga menghantar anak ke sekolah itu, termasuk yang tinggal jauh. Sekolah ingin mengekalkan prestasinya.
Dalam bahasa mudah, sekolah tak mau ambil budak bodoh.
"Kalau Fiqah dapat sekolah agama tu tentu lebih baik. Apa nak buat, buat rezeki dia. Dapat masuk sekolah Seksyen 9 dah kira bagus jugak." Ibu muda itu berkata dengan nada sedikit kecewa.
Teringat Yong masa sekolah rendah dulu. Dalam kelas Yong ada budak yang sangat lembab dan tidak pandai menulis. Dia hanya tahu mengira duit sahaja sehingga sampai darjah 6. Tiada segregation untuk budak pandai dengan budak lembab. Yong kawan dengan budak lembab ini tanpa prejudis.
Inilah akibatnya apabila sekolah diberi gred-gred macam hebat jer. Ibu bapa pulak yang berebut untuk masukkan anak ke sekolah tertentu. Nak masuk sekolah agama pun terhalang.
MORAL CERITA:
Satu masa nanti di negara 1Malaysia ini ada sekolah yang muridnya hanya budak lembab sahaja. Hari-hari cikgu-cikgunya kena telan paracetamol. Bila budak-budak itu besar, jadilah dia penyokong tegar BN = Barang naik..
BANGANG TANPA PENGHUJUNG |
Nak buat macam mana? Dapat pemimpin cap ayam. Takkan boleh buat dasar cap berlian. Kecuali Rosmah jer yang ada berlian tu...
MACAM INI GAYA PEMIMPIN |
Apa nak buat cikgu? Murid belum masuk sekolah dah buat ujian.
Sokonglah SPPBS agar anak-anak terus jadi bangang dan menyusahkan emak bapak!!
KLIK LINK UNTUK SOKONG CIKGU |
SOKONG CIKGU MAKNANYA SOKONG DIRI SENDIRI, ANAK-ANAK DAN KELUARGA
MENYOKONG DIRI SENDIRI, ANAK-ANAK DAN KELUARGA DEMI KEBAJIKAN DAN KUALITI HIDUP MASA DEPAN ITU WAJIB - BKAN BUGHAH!
MENYOKONG DIRI SENDIRI, ANAK-ANAK DAN KELUARGA DEMI KEBAJIKAN DAN KUALITI HIDUP MASA DEPAN ITU WAJIB - BKAN BUGHAH!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.