Bising dari Menteri sehingga pemimpin kecil
Tok Peti pun tumpang sekaki
Dan hari ini Menteri merapu pun tumpang berkokok
Tapi berjayakah mereka menyogok otak Melayu?
Kerana Melayu senang ditipu, Presiden PAS pun ikut bimbang
Presiden PAS pandang serius provokasi demo di gereja, minta ahli tidak terpengaruh
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) memandang serius cubaan beberapa pihak yang ingin menimbulkan provokasi berikutan isu nama Allah dan meminta semua ahlinya agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu.
"PAS juga merasa sangat dukacita sekiranya isu ini diperhangatkan sehingga rakyat lupa kepada masalah keperitan hidup angkara kenaikan harga barang pada tahun 2014 ini," katanya lagi.
Abdul Hadi, dalam kenyataannya menegaskan, tindakan berkenaan bukanlah satu keperluan, memandangkan isu berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Muslim seharusnya diselesaikan melalui perbincangan.
Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar juga awal hari ini melarang mana-mana kumpulan pendesak ataupun pertubuhan bukan kerajaan mengadakan demonstrasi di hadapan gereja kerana ia bakal mencetuskan ketegangan agama."PAS memandang dengan serius suara-suara provokasi yang ditimbulkan oleh pihak tertentu dalam isu penggunaan kalimah Allah, terutamanya terhadap cadangan beberapa pihak untuk berdemonstrasi di hadapan gereja tertentu di Selangor pada hari Ahad," katanya.
"Isu penggunaan kalimah Allah ini perlu disantuni dengan ilmu Islam, berdasarkan disiplin ilmu yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.
"Bukannya menerusi kekerasan apatah lagi menggunakan undang-undang yang dipaksakan semata-mata," kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau turut mengingatkan umat Islam supaya ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat adalah perlu menjadi keutamaan terutamanya dalam negara kita yang berbilang bangsa dan agama ini.
"Pendekatan berhujah dengan ilmu perlu lebih diutamakan dalam memberikan kefahaman kepada anggota masyarakat, terutamanya kepada masyarakat yang bukan beragama Islam," tegas Ahli Parlimen Marang itu lagi.
PAS juga jelasnya akan terus melaksanakan dakwah dan politik Islam dengan berdasarkan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.