I have received the following e mail from a Blog reader. My comments follow.
Salamun 'alaik saya ucapkan kepada Tn. Syed,
Pertamanya,
saya mengucapkan terima kasih kepada tuan diatas penulisan - penulisan bernas yang telah berjaya membuka minda konservatif saya berkenaan keindahan Islam. Nyata dengan menimbangkan pendapat - pendapat dalam penulisan tuan, saya telah kembali berfikir, dan kembali juga menelaah makna perkataan - perkataan dalam Al-Qur'an Al - Karim dengan niat hendak mendapatkan petunjuk sebenar dari Kalamullah.
Walaupun pada mulanya saya tidak bersetuju dengan beberapa pendapat tuan yang pada ketika itu mencabar minda konservatif saya, tetapi Alhamdullillah, setelah diperhalusi dan ditimbang dengan akal fikiran yang waras, maka ternampaklah rasional pendapat tuan seperti yang dibahaskan.
Walaupun masih tidak berapa setuju, namun saya telah pun menemui satu jalan dan seorang saudara yang boleh dijadikan sahabat perbincangan (sekiranya tuan sudi).
Terima kasih sekali lagi kerana telah mengingatkan diri saya tentang benarnya Kalamullah sebagai sumber rujukan utama, dan meletakkan sumber - sumber rujukan lain di tempat yang sepatutnya.
Semoga Allah memberikan tuan kesihatan untuk terus berjuang membuka minda masyarakat Muslim kita yang semakin terkebelakang hari demi hari.
Keduanya,
sebagai seorang Muslim, saya telah diasuh untuk membaca, memahami dan mengkaji oleh ayah saya. Namun begitu, saya melihatkan budaya ini sudah semakin pupus dikalangan masyarakat Muslim kita.
Saya berharap, sebagai seorang yang berpengaruh dlm bidang penulisan, tuan dapat membantu untuk menyuntik semula minat membaca dan mengkaji didalam kelompok pembaca blog tuan.
Pada hemat saya, tanpa pembacaan, maka kelompok Muslim kita akan menjadi kurang bijaknya, dan orang yang jahil itu selalunya jadi mangsa penipuan orang lain. Besarlah harapan saya agar tuan dapat menyiarkan penulisan - penulisan yang dapat menimbulkan minat pembacaan ilmiah terhadap masyarakat Islam kita.
Cukup - cukuplah orang kita asyik membeli buku motivasi agama, tetapi dalam bidang ilmiah, orang kita tak minatpun. Barangkali dengan pengaruh penulisan tuan, perkara ini boleh diubah.
Akhir sekali,
berbangkit dari penulisan - penulisan tuan, saya juga terkesan untuk melontarkan pandangan saya tentang beberapa isu. Dan ini telah saya mulakan diruangan Internet.
Saya menjemput tuan untuk mengulas tentang penulisan pertama saya tentang ulama. Mohon maaf atas kekurangan bahasa dalam penulisan, kerana saya ini hanya seorang anak muda yang belumpun mencecah 30. Masih kurang pengalaman dan kurang ilmunya.
Sekiranya tuan berkesempatan, saya jemput tuan singgah ke :
Terima kasih sekali lagi dari saya atas jasa tuan mengeluarkan minda saya dari zaman Gelap kepada zaman Renaissance.
Jazakallah.
My comments : Salamun Alaikum saudara. Terima kasih kerana sudi membaca Blog saya, mengambil masa memikirkan tulisan saya dan meluangkan masa menulis kepada saya.
Langkah wahid bagi orang Islam adalah untuk memahami Al Quran - tanpa gangguan kaum habar, pandita, sami dan serupa dengan mereka.
Sepertimana sdra sebut ilmu atau knowledge itu maksudnya ilmu yang berguna dan ilmu yang bertapak di alam nyata.
Kalimah 'ilm' dalam bahasa Arab bermaksud 'knowledge' dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa Latin pula 'ilm' atau knowledge disebut 'scientia' - dari mana diambil perkataan 'science'.
Jadi 'scientia' = 'science' = knowledge = ilm. Dan seterusnya 'scientist' = knowledgeable = alim / ulama = ilmuwan. Inilah ulama yang sebenarnya.
Dan inilah yang diterangkan dalam Al Quran seperti berikut :
Surah 35 : 27 Tidakkah kamu melihat (alam tara) bahwasanya Allah menurunkan hujandari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yangberaneka macam warnanya dan ada yang hitam pekat.
Surah 35 : 28 Dan demikian di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya. Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama (in-nama yakhsha Allaha min ibaadihi al-ulama-u). Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun.
Surah 35 : 28 Dan demikian di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya. Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama (in-nama yakhsha Allaha min ibaadihi al-ulama-u). Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun.
Mengikut Al Quran inilah ulama atau saintis atau ilmuwan yang sebenarnya. Ia itu mereka yang observe atau melihat (alam tara) alam semula jadi seperti tersebut dalam ayat itu :
hujan - saintis meteroloji
langit - saintis atmosfera
buah-buahan - saintis botani
gunung-gunung - saintis geologi
warna batu gunung - saintis bahan galian (mineral)
manusia - saintis perubatan, biologi
binatang melata - saintis haiwan, animal science
binatang ternak - saintis veterinar
Jadi 'ulama Islam' ikut fahaman Surah 35 : 27-28 di atas adalah para saintis. Inilah ulama yang sebenarnya.
Bagi puak yang memakai serban dan jubah zaman sekarang, sebenarnya mereka tidak lebih daripada orang yang memakai serban dan jubah.
Akhir kalam, jika kita menggelar kaum yang jahil sebagai 'ulama' bukan saja kita menyuluhkan kejahilan kita tetapi kita menghina Allah, Rasul, Al Quran dan Islam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.