`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, January 15, 2014

WANG BANTUAN BANJIR PUN LESAP, WANG UNTUK BEKAS POLIS PUN LESAP?


TAHUKAH anda bahawa masih ramai yang tak dapat duit yang dijanjikan untuk mangsa-mangsa banjir terutamanya di Kuantan dan Indera Mahkota?  Apa yang kita dapat lihat di Kemaman, mangsa-mangsa banjir bukan saja dapat bantuan duit atau barangan makanan, bahkan mereka dapat TV lagi.

Mangsa banjir di Pekan apa cerita?  Takkan di Pekan kawasan PM pun standardnya masih barang makan atau pampers je?  Atau, masih ramai yang tak dapat duit bantuan banjir lagi?  Jika masih ramai yang tak dapat, amat malang sekali dan nasib mereka lebih teruk dari nasib 'kangkung'.

Itu peruntukan banjir yang baru beberapa minggu berlaku, masih ramai yang ternanti-nanti walaupun cuba dihayalkan dengan irama joget "Lenggang Kangkung", namun rakyat tak lupa janji itu.  

Itu janji baru, masih tidak tertunai.  Janji yang setahun lalu juga masih tidak tertunai.  Janji sebelum PRU 13 lagi iaitu wang saguhati kepada bekas-bekas Polis (Terdiri daripada bekas anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Squad,AC/Homeguard) sebanyak RM3,000.  Difahamkan peruntukan itu telah dimasukkan ke dalam Bajet 2012. Baru-baru ini aku balik kampong, sembang punya sembang dengan orang-orang Jelebu di kalangan mereka , difahamkan di Jelebu sahaja lebih kurang 50 orang yang layak masih tidak mendapat wang yang dijanjikan sebanyak RM3,000 itu.  Itu baru Daerah Jelebu, bagaimana di seluruh Malaysia?

Aku cuba dapatkan kepastian daripada pihak berkenaan di KDN iaitu di Bukit Aman.  Aku hubungi baahagian berkenaan, dan mereka mengesahkan memang masih ramai yang tak dapat duit RM3,000 itu.  Bila ditanya mengapa, mereka jawab masih di dalam proses.  Wah !! Setahun lebih proses ?  Tetapi mengapa ada segelintir yang dah dapat?  Masih proses kah atau memang wang dah habis?  

Jika bekas Polis ini mereka mahu per'kangkung'kan, apa lah ertinya masih ada Polis-Polis yang sedang berkhidmat sekarang berpeluh sakan buat kerja mempertahankan parti mereka?  Buatlah kerja secara profesional iaitu menjaga agama dan negara.  Usahlah buat kerja mempertahankan parti atau pemimpin parti yang memerintah.  Suatu ketika kamu akan bersara juga dan akan merasai apa yang telah dirasai oleh bekas-bekas rakan seperjuangan kamu.    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.