`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 19, 2014

ADUN SERI MUDA, YB SHUHAMI SHAFIE UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR PIMPINAN TAN SRI KHALID IBRAHIM KERANA MELULUSKAN PERUNTUKAN BERJUMLAH RM23 JUTA UNTUK PEMBINAAN PASAR MODEN YANG BARU DI TAMAN SRI MUDA, SHAH ALAM!!!!



SHAH ALAM 19 APRIL: Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan berjumlah RM23 juta untuk pembinaan pasar moden baru di Taman Sri Muda.

Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie yang membawa isu ini sejak enam tahun lalu kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan nyata lega dan gembira dengan perkembangan ini.

Katanya, apa yang penting satu surat hitam putih perlu dikeluarkan bagi memudahkan beliau memaklumkan kepada peniaga dan penduduk setempat.

“Terima kasih kepada Menteri Besar dan Exco kerana meluluskan satu pembinaan pasar baru moden untuk Taman Seri Muda."

“Ia mesti dilaksanakan dan dimulakan Jun ini".

“Kita mengharapkan 2016 siap sepenuhnya dan boleh digunakan oleh penduduk dan peniaga,” katanya kepada Selangor Kini.

Shuhaimi berkata, pasar ini dimulakan sejak tahun 2013 dan 48 unit kedai mengalami kebakaran baru-baru ini yang berpunca daripada litar pintas.

Pada awal tahun ini, Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Kim dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan mengadakan lawatan ke pasar berkenaan dan keputusan untuk membina pasar baru dimuktamatkan pada Februari.

Pasar sedia ada mempunyai 170 unit kedai dengan jumlah 150 orang peniaga.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.