`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 15, 2014

AL BUKHARY INTERNATIONAL UNIVERSITI DISAMAN KERANA GAGAL PATUHI NOTIS TUTUP...!!!

Pautan kekal imej terbenam

Tiba-tiba Al Bukhary International Universiti milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary gulung tikar bantal..kenapa?


Mungkin kerana kerajaan malaysia & petronas menolak geran rm3 bilion untuk proton...?
Mungkin kerana segalanya dah dapat Bernas, Proton, MMC, dll.......

Pelajar dakwa AiU gagal

Sebahagian daripada enam pelajar sebuah universiti antarabangsa di sini bersama peguam mereka membuat tuntutan saman ke atas pihak pengurusan universiti tersebut di Mahkamah Tinggi di Alor Setar hari ini. 

ALOR SETAR - Enam pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) hari ini memfailkan saman terhadap universiti itu kerana dakwaan gagal memberi notis penutupan AiU dalam tempoh yang ditetapkan oleh Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.

Plaintif terdiri daripada Mohd Raimy Fahmy Mohd Radzi, 22; Muhamad Hanif Ahmad Fauzi, 21; Hanif Hafifi Mahali, 21; Mohamad Hanif Kamaruddin, 21; Muhammad Syafiq Abd Shamad, 21, dan Farhan Sani Safiyuddin, 20.

Saman itu yang difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini oleh peguam plaintif, Fatimah Idris, menamakan AiU sebagai defendan pertama manakala Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta serta Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua dan ketiga.

Fatimah memberitahu pemberita semua plaintif menuntut supaya defendan mematuhi Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang memperuntukkan bahawa defendan perlu mengeluarkan notis penutupan universiti dalam tempoh setahun sebelum ia ditutup.

"Dalam tempoh itu, ia dapat memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk merancang apa yang perlu dilakukan. Tapi dalam kes ini tiada sebarang notis bertulis dikeluarkan, sebaliknya mereka hanya tahu secara lisan bahawa AiU akan ditutup Jun ini pada Februari lalu," katanya.

Operasi universiti yang ditubuhkan oleh Yayasan Albukhary itu dilapor akan ditutup Jun ini.

AiU dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana beroperasi secara wakaf iaitu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penuntut yang rata-rata daripada golongan susah dari seluruh dunia. - Bernama

Kuin sedia terima pelajar AiU sambung pengajian

ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Kuin), kolej universiti milik kerajaan Kedah, bersedia untuk menerima kemasukan pelajar dari Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di sini yang dijangka ditutup pada Jun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, pengurusan Kuin telah mengadakan perbincangan dengan AiU berhubung perkara itu.

Katanya, AiU sebelum ini telah menghebahkan pengambilan pelajar universiti itu kepada Institusi Pengajian Tinggi di negeri ini yang berminat untuk mengambil pelajar mereka selepas surat permohonan penutupan universiti itu diserahkan kepada Kementerian Pendidikan 14 Mac lepas.

Beliau dimaklumkan oleh Rektor Kuin, Prof Datuk Mohd Yusof Kasim bahawa AiU memberi kebebasan kepada pelajarnya untuk memilih mana-mana universiti atau kolej universiti untuk menyambung pelajaran.

"Saya juga difahamkan pihak AiU juga akan menaja yuran pengajian pelajar mereka yang akan belajar di kolej lain sehingga mereka tamat pengajian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tajul Urus berkata, setakat ini AiU juga tidak pernah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dan tidak memaklumkan sebab penutupan universiti terkemuka itu.

"Kita tahu perkara ini menerusi media sahaja. Kerajaan negeri agak kecewa jika universiti itu ditutup tanpa sebarang sebab. Notis penutupan yang dihantar kepada kementerian juga tanpa diketahui kerajaan negeri," katanya.

AiU dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana beroperasi secara wakaf iaitu tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap penuntut yang rata-rata daripada golongan susah dari seluruh dunia. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.