`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 5, 2014

Kerajaan tidak ambil iktibar siri ceroboh di Sabah

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sabah melahirkan rasa terkilan dengan peristiwa penculikan di sebuah resort di Pulau Singamata, Semporna, Rabu lepas.

“Kami merakamkan takziah dan simpati yang mendalam kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dan berharap semuanya akan berjaya diselesaikan dengan baik,” ujar Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya merasakan insiden pada kali ini merupakan satu lampu merah kepada rakyat Sabah agar lebih berhati-hati untuk mempercayai janji Kerajaan Pusat bahawa masalah keselamatan di Sabah akan terjamin melalui pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

“Kami merasakan seolah-olah Kerajaan Pusat tidak mahu mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa pencerobohan Tanduo tempoh hari,” katanya lagi.

Hal ini, ujarnya seakan-akan mensia-siakan pengorbanan anggota keselamatan negara yang bergadai nyawa semasa Ops Daulat dahulu.

Tambah beliau, pihaknya dengan ini juga mengambil kesempatan supaya rakyat Sabah bangkit bukan sahaja untuk menuntut hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 bahkan sudah tiba masanya untuk mereka memastikan keselamatan dan kedaulatan sendiri dengan lebih serius.

“Kami juga senada dengan mantan Ketua Menteri Sabah yang menawarkan RM500 tersebut sebagai manifestasi kekecewaan dan kemarahan kita sebagai rakyat negara berdaulat ini.

“Akhirnya kami mengharapkan agar peristiwa ini dijadikan iktibar buat kita di Sabah ini tentang bagaimana layanan Kerajaan BN kepada kita berkaitan isu keselamatan,” katanya.

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.