`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 21, 2014

Luahan Berapi Farazila - Sham Kamikaze Bangun Tidur Update FB Suruh Solat Tapi Dia Sendiri Tidur Balik!

Kepala hotak Soz Cyili
Luahan bekas isteri.
Tapi biasalah. Masa di alam perkahwinan segala apa yang buruk memang takan diperkatakan demi menjaga ahti pasangan masing2. Tapi lepas bercerai macam2 keburukkan terdedah. Mungkin ini sikap Sham Kamikaze masa berkahwin dengan Farazila. Mungkin Sham dah berubah. Sangka baik je la. Bagus sebenarnya pun pada Farazila bila bercerai dengan Sham. Kurang2 Sham takan menyeksa Fara lagi memandangkan dia bukanla seorang suami yang baik kepada Farazila. Bersabar banyak2 ye. Moga lepas neh ditemukan dengan suami yang pengasih dan penyayang.
Dan bagi aku, neh peringatan untuk diri aku juga. Aku takmo mengata sapa2. Tapi ini memang satu peringatan berguna pada aku. Jangan kemaruk sangat pada mereka2 yang berhijrah apa bagai atau pada mereka yang jual2 ayat agama. Baikla kita sendiri yang belajar untuk berhijrah dan belajar untuk mendalami ayat2 agama.
HAHAHAHA.. 
Baca ;
Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur hati saya dan saya balik ke kampun. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya tidak rasa apa-apa.
Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah, dia rasa dirinya mulia. Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling mengagungkan dirinya. Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi. Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya.
Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer “jom solat” tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. Ia berlaku banyak kali dan saya muka dengan perkataan “jom solatnya” itu.
Siang malam dia kerap menghadap komputer. Itu saya boleh tahan lagi, tetapi apabila dia memuat naik gambar berlaga pipi dengan wanita lain dalam FB, apa perasaan saya? Apabila orang bertanya, saya tiada jawapan. Malu pun ada! Apabila bergaduh, dia mula tidak balik rumah berhari-hari. Kadang-kadang balik rumah hanya salin baju sahaja.
Dalam satu insiden saya tidak akan lupa sampai mati, dia pernah tinggalkan saya di tepi lebih raya ketika pulang ke kampung di Batu Pahat kerana bergaduh pasal FB. Dia libas tangan dan cincin dipakainya terkena mata saya. Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah. Mujur saya ada telefon bibit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula, saya terpaksa berteduh bawah terowong.
Saya hubungi ibu untuk beritahu apa yang berlaku. Ibu pulang menghubungi Sham, suruh dia ambil saya di tepi lebuh raya. Bayangkan dari waktu Asar saya ditinggalkan, dia hanya datang ambil saya dalam jam 10 malam. Saya sembunyi dalam terowong yang sekelilingnya penuh dengan jarum penagih dadah. Saya memang takut kerana tempat itu sunyi tetapi saya tiada pilihan dan berserah kepada Allah.
Saya pujuk hati mungkin saya bersalah dan mencari Sham di Studio, tetapi tidak nampak keretanya. Esoknya saya cari lagi di studio dan berjumpa seorang kakitangannya. Selepas mengetahui Sham ada di ruang atas studio, saya sediakan minuman untuknya dan ketika mahu menghantarnyaa, kakitangan berkenaan seakan menghalang saya. Kebetulan Sham mahu turun ke bawah dan dia yang terkejut melihat saya, lari lintang pukang naik atas semula.
Seminggu selepas itu, kakitangan itu berterus terang kepada saya memakluman ada seorang wanita ketika itu bersama Sham. Wanita itu didakwa masih bersuami dan mempunyai dua anak. Kami bergaduh besar dan saya terus balik ke kampung. Dia cerita kepada orang saya ingkar dan keluar rumah tanpa izin. Seingat saya, jika keluar rumahpun hanya ke rumah mentua ata balik kampung saja. -BN-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.