`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 26, 2014

Parkir pelawat Hospital Seremban ‘dirampas’ pegawai

Ini menyebabkan seawal jam 9.30 pagi tempat letak kereta penuh.
Rooftop utk pelawat FULLSEREMBAN: Tempat letak kereta untuk pelawat dan pesakit Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di bangunan Klinik Ibu dan Kanak-Kanak telah  digunakan oleh kakitangan dan pegawai.
Bangunan baru ini yang menghadap bangunan utama HTJ, mempunyai lima aras tempat letak kereta termasuk aras tidak berbumbung.
Ruang tempat letak kereta dipisahkan kepada dua bahagian – satu  dikhaskan  untuk kakitangan HTJ ini mempunyai palang besi dan pondok pengawal.
Manakala bahagian yang lagi satu terbuka untuk pelawat dan pesakit.
Masalahnya ada kakitangan HTJ meletakkan kenderaan mereka di ruang yang dikhaskan untuk pelawat dan pesakit.
Ini menyebabkan seawal jam 09.30 pagi, ruang tempat letak kereta untuk pelawat dan pesakit penuh.
Sedangkan ruang tempat letak kereta yang dikhaskan untuk kakitangan HTJ banyak yang kosong terutamanya di aras P2, aras P3 dan aras P4.
Sham Abdul Latif, 40, dari Rembau yang mahu mengambil isterinya yang baru sahaja menerima rawatan di HTJ, berlegar-legar selama 35 minit untuk mencari ruang tempat letak kereta.
Staf letak di ruang pelawat
“Bahagian tempat letak kereta  ini sepatutnya untuk pelawat dan pesakit. Sepatutnya kakitangan HTJ letak   kenderaan mereka di bahagian yang dikhaskan untuk mereka.Aras P2 utk staff kosong
“Saya tengok begitu banyak ruang tempat letak kereta yang kosong di bahagian tempat letak kereta yang dikhaskan untuk kakitangan HTJ.
“Tindakan mereka seolah-olah menafikan kemudahan untuk pelawat dan pesakit yang mahu letak kenderaan  di bahagian ini.
“Jika kakitangan HTJ tak mahu gunakan bahagian tenpat letak kereta yang dikhaskan untuk mereka, saya minta pihak pengurusan HTJ buka palang besi itu, dan benarkan pelawat dan pesakit meletakkan kenderaan  di ruang tempat letak kereta yang dikhaskan untuk  kakitangan HTJ.
“Dah 35 minit saya berlegar-legar untuk mencari ruang tempat letak kereta yang kosong dan masih tak jumpa lagi.
“Isteri saya pula dah menelefon saya kerana letih menunggu saya untuk menjemput beliau,” kata Sham.
Fenny Low, 39, dari Seremban yang datang melawat ayah beliau yang dimasukkan ke wad pula berkata beliau telah berpusing-pusing selama 30 minit untuk mencari ruang tempat letak kereta.
“Saya juga perasan ada banyak ruang tempat letak kereta yang kosong di bahagian tempat letak kereta yang dikhaskan untuk kakitangan HTJ.
`Benarkan untuk pelawat’
“Jika kakitangan HTJ tidak mahu gunakan ruang tempat letak kereta yang disediakan untuk mereka, saya harap pelawat dan pesakit dibenarkan bahagian tempat letak kereta tersebut,” katanya.
Aras P3 utk staff kosongSeorang pesakit, Faez Abdul, 40, dari Seremban berkata ketika beliau mahu balik selepas menerima rawatan di HTJ Isnin lepas, selepas pukul 2.00 petang beliau nampak beberapa kakitangan HTJ yang baru habis kerja shif pagi, beredar dengan kenderaan dari bahagian tempat letak kereta yang disediakan untuk pelawat dan pesakit.
“Saya menghampiri kenderaan saya selepas menerima rawatan.
“Ketika itu saya perasan ada beberapa kakitangan HTJ turut menghampiri kenderaan mereka yang diletakkan di bahagian tempat letak kereta untuk pelawat dan pesakit.
“Saya rasa mereka balik selepas tamat waktu kerja untuk shif pagi.
“Yang saya kesal punya banyak tempat letak kereta yang kosong di bahagian yang dikhaskan untuk kakitangan HTJ, tetapi kenapa  mereka meletakkan kenderaan di bahagian pelawat dan pesakit? tanya Faez.
Faez berkata beliau menghormati tugas kakitangan HTJ, tetapi berharap mereka juga memahami keperluan pelawat dan pesakit apabila meletakkan kenderaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.