`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 26, 2014

SUKARNYA PENYELIDIK NAK MENDAPAT GERAN MOSTI...

Yong sikitpun tak jealous kekawan penyelidik dapat grant ratusan ribu atau jutaan dari MOSTI untuk membuat penyelididkan. Tak kira dalam bidang applied science, natural science atau social science...etc.

Yong ucap tahniah.

Tetapi bukan senang bagi ahli-ahli sains untuk mendapat grant yang banyak. Bukan senang nak urus projek sehingga berjaya. Penyelidik di universiti juga kena buat kerja hakiki - mengajar, bukan macam penyelidik di universiti luar negara, contohnya di Jepun.

Bila Yong tanya partner penyelidik, dua tiga orang profesor di universiti Kyoto, Jepun; Berapa work-loadnya, sehingga dia boleh berjalan pusing satu dunia? Dia gelak jer...

Jawapannya sama...

Satu semester dia buat satu seminar. Dia jadi fasilitator utama. Lepas tu tengah semester,  dia buat satu bengkel. Dia jemput experts dalam bidang yang releven. Selebihnya, tutor yang handle.

Patutle universitinya mencanak naiknya dalam penyelidikan.

Kat Malaysia? Tanyalah profesor-profesor universiti...Berapa banyak masa penyelidikan, masa mengajar, masa isi borang laporan OBE, masa meeting ajk itu ini dan masa kena pergi gathering sebab ada VVIP melawat...Hahaha...

Yong sendiri pernah dapat grant untuk buat penyelidikan. Dalam negara dan antarabangsa. Memang banyak songel, kekangan dan perlu pengorbanan. Sering kena buat penyelidikan di luar waktu pejabat. Mujur rakan-rakan dalam kumpulan ada yang prihatin. Alhamdulillah, projek siap.

Tetapi bila tetiba dengar ada syarikat dapat grant sampai RM150 juta, Yong terkejut. Terkejut dan marah.

GRANT WAJAR DIBERI DENGAN ADIL (SUMBER MSN)

Terkejut - kerana hairan bagaimana perkara ini boleh terjadi?
Marah - kerana bagi penyelidik yang genuine, begitu sukar untuk mendapat grant MOSTI.

Kat Malaysia kes buang bayi, kes remaja lepak, kes remaja lelaki malas belajar...etc semuanya duduk dalam kajian sains sosial. MOSTI tak minat bagi grant untuk buat kajian dalam bidang ini. Gasaklah nak jadi apa. Kalau nak buat kajian, berebutlah cari grant lain...

Syarikat senang-senang dapat RM150 juta.

ENDLESS POSSIBILITIES

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.