`
THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
Sunday, June 8, 2014
EDISI INI MACAM PUNYA HAL PUN ADA .... PRESIDEN MIC DI DESAK LETAK JAWATAN ATAU MIC KELUAR DARI BN HANYA DISEBABKAN TIADA PEMIMPIN MIC MENERIMA PINGAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BANGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG.
Ketiadaan seorang pun pemimpin MIC menerima pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menjadi isu.
Menyedari senario itu, pelbagai reaksi mengejut mula dinaikkan dalam laman sosial Facebook termasuk reaksi dan komen seorang aktivis masyarakat, G. Kalaicelvan yang menyifatkan ia sebagai suatu yang mengecewakan.
Beliau mendakwa, sepanjang kewujudan MIC sebagai parti komponen Barisan Nasional, inilah kali pertama menyaksikan tiada seorang pemimpin mereka menerima pingat kebesaran pada sesi pertama hari keputeraan Seri Paduka.
"Saya mengikuti majlis penganugerahan kali ini dan terkejut apabila tiada seorang pemimpin dari MIC yang merupakan parti perikatan BN dinaikkan untuk menerima pingat kali ini, sekali gus tercetus pelbagai persoalan ke atas presidennya, Datuk Seri G. Palanivel bahawa apa yang sedang berlaku pada MIC ketika ini.
"Ketika MIC di bawah kepimpinan mantan presidennya, Datuk Seri Dr. Samy Vellu selama 30 tahun sehingga 2010, beliau sentiasa memastikan seorang pemimpin MIC menerima pingat kebesaran pada hari pertama ulang tahun keputeraan Seri Paduka setiap tahun tanpa gagal.
Kini, kata Kalaicelvan, tradisi itu terkubur kerana tiada pemimpin yang diperkenal untuk menerima pingat lagi dan timbul persoalan apakah MIC kekurangan pemimpin berjiwa rakyat atau berkaliber sehingga tiada seorang pun dicadangkan.
Malah katanya, selain itu ,bekas presiden itu juga tidak pernah mencadang atau membenarkan mana-mana kakitangan biasa atau ahli keluarga pemimpin menerima pingat kebesaran, malah hanya diberi keutamaan terhadap pemimpin dalam parti MIC.
"Kita juga mempunyai pemimpin muda iaitu Timbalan Menteri Pendidikan 2, P.Kamalanathan yang berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen selama dua penggal berturut turut tanpa sebarang gelaran, peliknya, beliau tidak dicalonkan," keluhnya.
Malah ujarnya, perbuatan itu seolah-olah menjatuhkan reputasi Kamalanathan dalam Kabinet serta sumbangan pemimpin muda tidak dihargai parti sendiri sehingga sanggup mencadangkan nama bukan pemimpin yang tidak menyumbang apa apa kepada masyarakat India.
"Difahamkan sebenarnya beberapa nama pemimpin MIC dikemukakan kepada Setiausaha Agung BN bagi penerimaan pingat kebesaran kali ini tetapi ditolak, apakah ia benar atau hanya bersifat retorik semata-mata meyakinkan kita. Harap presiden mampu menjawab kesemua persoalan ini.
"Saya berterus terang boleh nyatakan bahawa ini bukan penstrukturan atau penjenamaan sebenar parti ke arah transformasi dan lebih relevan kerana pemimpin yang banyak menyumbang tidak dihargai berbanding legasi Samy Vellu," tegasnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.