`




THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Sunday, June 29, 2014

Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak



Kepada semua rakan dan taulan, serta pembaca blog ini serta semua umat Muslimin dan Muslimat saya mengambil kesempatan hari ini untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada sekalian agar segala amal ibadah dan ubudiah anda sekalian sentiasa dalam keredhaan Allah s.w.t..

Semoga sekalian yang beramal dan beribadah yang intensif pada siang hari dan malam hari di bulan Ramadhan Al-mubarak tahun ini akan meningkatkan tahap keimanan dan ehsan anda sekalian di sisi Allah s.w.t..

Berdoalah kita semua untuk berlindung dari angkara permainan dan niat tidak baik yang datangnya dari kalangan manusia, jin dan syaitan. Perjuangan ini tentu merupakan peperangan yang lebih hebat dari peperangan menentang kaum musyrikin kerana peperangan ini adalah peperangan sepanjang hidup kita.

Peperangan memerangi nafsu ini bermula dari saat kita dilahirkan sehinggalah sampai ke akhir kalam kita tanpa henti-henti.


Sekian, Assalaamualaikum.

Mohd. Kamal Abdullah, isteri dan sekeluarga,
Kota Kinabalu, Sabah.

No comments:

Post a Comment