`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, June 29, 2014

Padang Besar 1 Ramadan - Ini Buktinya Perlis Masih Bayar Ufti Kepada Siam



Padang Besar 1 Ramadhan 1435 H - Deretan motorsikal Thailand kepunyaan peniaga-peniaga yang menguasai perniagaan di Padang Besar. 

Tidak ada apa yg boleh dibanggakan. 99% perniagaan dikuasai oleh peniaga Siam dimana pemilik asal telah menyewa kedai-kedai dan gerai-gerai mereka. 

Pendapatan yang diperolehi hanya melalui kutipan parking oleh Majlis Perbandaran Padang Besar, tetapi sebahagian peniaga asing ini tidak membayar sewa parking, mungkin mendapat pengecualian khas?

Setiap kali cuti sekolah Padang Besar akan menjadi tumpuan pelancung untuk membeli belah pelbagai jenis barangan. Tapi sebahagian besar barangan tersebut dimaklumkan diseludup tanpa membayar cukai. Semua keuntungan perniagaan dibawa balik ke Thailand kerana peniaga-peniaga ini tidak dikenakan sebarang cukai, jauh sekali cukai perniagaan.

Lebih menyedihkan, 85% barangan yang dijual adalah jenama tiruan. Peniaga-peniaga dari Thailand ini sangat bernasib baik kerana tidak dikenakan tindakan oleh KPDNKK mungkin bertujuan untuk memelihara industri pelancungan.

Sejarah silam menceritakan Perlis merupakan salah sebuah negeri yang menghantar bunga emas setiap tahun kepada Raja Siam sebagai ufti. Mungkin kegerunan kepada kerajaan Siam masih menghantui kita hingga sekarang? 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.