`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Monday, June 16, 2014

Penculikan di Sabah : Akhirnya Zahid akui kelemahan risikan ianya berlaku



Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kelonggaran kawalan keselamatan yang lemah di Sabah bukan berpunca daripada kekurangan peruntukan tapi kerana kelemahan risikan.
Menteri Dalam Negeri tersebut berkata peruntukan yang diberikan kepada Zon Keselamatan Timur Laut Sabah (Esscom) mencukupi.
"Kurang peruntukan? Saya rasa cukup buat ketika ini," kata Zahid dalam sidang media selepas pertemuan dengan Kedutaan Amerika Syarikat hari ini di Hotel Royale Chulan, Damansara.
Menurut Zahid, pihak Esscom tidak boleh bergantung kepada kawalan dan peralatan yang canggih semata-mata tetapi perlu mengukuhkan risikan mereka.
"Ia tidak boleh ditingkatkan hanya menggunakan kaedah konvensional sahaja dan peralatan serta aset yang canggih tidak mencukupi.
"Ia mesti dilakukan dengan meletakan jaringan memperoleh maklumat melalui risikan daripada pihak Filipina," kata beliau.
Zahid juga tidak menolak kes-kes seperti penculikan tersebut akan sentiasa berulang, memandangkan kumpulan penculik mahu mendapatkan wang tebusan.
Beliau menggesa supaya Esscom supaya mengukuhkan lagi persiapan mereka dan mengetatkan kawalan di perairan Sabah.
"Pihak Esscom perlu lebih bersiap siaga dan jangan pernah lalai dalam operasi yang dilakukan," kata beliau.
Insiden penculikan di Sabah semakin membimbangkan, malah hari ini dua lagi insiden penculikan dilaporkan berlaku di Kunak, Tawau.
April lalu, insiden penculikan di Semporna berulang selepas pelancong dikenali sebagai Gao Hua Yun, 29, dari Shanghai, China dan pekerja Filipina, Marcy Dayawan @ Mimi dibawa lari dari Singamata Reef Resort.
Bagaimanapun, warga China tersebut dibebaskan sebulan kemudiaan.
Kejadian terbaru ini mengulangi insiden yang berlaku tahun lepas dimana dua kes penculikan membabitkan nelayan di atas bot mereka pada April dan pada November pula, pelancong Taiwan diculik dari Pulau Pom-Pom.
Esscom ditubuhkan susulan insiden penculikan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah serta menerima peruntukan tambahan sebanyak RM75 juta daripada kerajaan pusat daripada peruntukan awal bernilai RM286 juta.
Bagaimanapun keberkesanan agensi tersebut menjadi pertikaian apabila insiden penculikan masih berulang di Sabah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.