`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, September 23, 2014

2 LELAKI DITEMBAK KETIKA UPACARA SEMBAHYANG



Tasek Gelugor: Seorang terbunuh manakala satu lagi parah selepas ditembak di lokasi upacara kematian di Lorong Selamat Dua, di sini, 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Abdul Rahman Ibrahim berkata, dua lelaki berkenaan masing-masing ditembak di kepala dan tangan.

Menurutnya, kedua-dua mereka yang berusia 34 dan 38 tahun itu dikejarkan ke Hospital Kepala Batas.

"Seorang daripada mereka yang ditembak di kepala mati, 2.20 pagi. Sehingga ini, siasatan awal mendapati suspek hanya seorang dan dia menunggang motosikal sebelum melepaskan tembakan ke arah magsa.



"Suspek kemudian terus memecut motosikalnya dan kita masih menyiasat motif kejadian," katanya yang ditemui di lokasi kejadian. - Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.