`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, September 9, 2014

Iklan kemalangan maut PLUS tidak peka, aibkan keluarga mangsa

erteckhwa
MUAR, 9 SEPT: PLUS Malaysia Berhad diminta menurunkan segera iklan kempen keselamatan jalanraya di hentian Rehat dan Rawat (R&R) yang memaparkan mangsa kemalangan maut, demi menjaga kehormatan mereka serta hati keluarga mangsa.
Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa berkata, penggunaan gambar mangsa yang mengerikan dan menyayat hati itu adalah sesuatu yang tidak sensitif dan tersasar daripada norma keinsanan dan budaya masyarakat.
“Misalnya gambar mangsa tragedi pesawat MH17 yang menyayat hati banyak di internet, tetapi masyarakat Malaysia tidak menyebarkan gambar-bambar tersebut di laman sosial.
“Ia sangat sensitif dan boleh mengguris perasaan waris dan keluarga mangsa. PLUS seharusnya memahami situasi ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau memaklumkan telah menerima beberapa keping gambar iklan kempen keselamatan jalanraya oleh PLUS di hentian R&R Seremban (arah utara).
Isu iklan tersebut pernah dibangkitkan sebuah akhbar berbahasa Cina, namun tidak mendapat respons sepatutnya daripada PLUS dan terus dipaparkan sehingga kini.
Katanya lagi, masih banyak cara untuk PLUS menjalankan kempen keselamatan jalanraya tanpa perlu mengaibkan mangsa yang terlibat serta keluarga mereka.
“Belum lagi terbukti penggunaan gambar-gambar ini mampu membantu menurunkan jumlah kemalangan maut.
“Jika PLUS tidak dapat menunjukkan rasa hormat terhadap mangsa kemalangan maut, bagaimana mereka mahu hormat kepada pengguna jalanraya yang lain?” katanya lagi.
Beliau memaklumkan akan menghantar surat kepada PLUS bagi mendesak iklan-iklan seumpama itu di semua hentian R&R diturunkan dengan kadar yang segera. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.