`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 16, 2014

Orang Melayu dan Politik Selangor



Amaran: Ini bukan artikelpen. Ini artikelpan.  Tidak mahu baca tidak mengapa. Jika dibaca jangan komplen ianya panjang.

Sekolah hari ini tidak mengajar bahasa Inggeris seperti zaman dahulu lagi. Dalam artikel saya sebelum ini, saya mengakhiri artikel itu dengan adverb ‘then’.

Ertinya, setelah semua cadangan awal ditolak, maka akhirnya, atau kemudian nya, selepas nya- kita tidak ada pilihan lain selain mengadakan pilihanraya negeri.

Ertinya, PRN adalah suatu tindakan terakhir setelah semua usaha lain gagal dan digagalkan. Kegagalan berpunca kerana amalan demokrasi dan konvensyen tidak mahu diikuti.

Bagaimana kita sampai kepada keadaan demikian?

Kerana penasihat2 Sultan Selangor- mereka siramai yang bijak pandai menyatakan bahawa Sultan mempunyai kuasa memilih MB. Bagaimana kuasa tersebut digayakan itu yang menjadi punca kekusutan politik Selangor hari ini. Tambah pula dengan pembacaan PAS mengenai isiu ini yang sukar difahami.

Penggayaan kuasa yang ada pada Raja kemudiannya, disokong pula oleh golongan neo-absolutists yang mahu mengembalikan system raja mutlak memerintah. Ini golongan yang kacau fikiran yang tidak dapat membezakan teguran terhadap raja berpelembagaan dengan raja mutlak yang sudah tidak ujud lagi.

Raja berpelembagaan ertinya, kedudukan raja2 Melayu kita dijamin oleh perlembagaan. Penukaran perlembagaan tidak boleh dilakukan sewenang wenang nya bahkan ianya suatu kemustahilan. Bererti kedudukan Raja2 melayu tidak dapat diancam kecualilah Raja2 melayu itu sendiri menandatangani warrant kematian mereka.

Maka, ancaman yang konon nya diarahkan kepada raja2 melayu hanyalah ancaman dalam fikiran dan imajinasi golongan Melayu sahaja.  Ianya hanya suatu gerakan untuk mengekalkan kuasa despotism yang disukai oleh segelintir orang melayu yang suka pula memerintah rakyat yang diam membisu dan merelakan diri mereka dicucuk hidung.

Dan kenapa kita menentang golongan ini?

Saya bercakap disini bukan melebih lebih dari kaum bukan Melayu dalam membahaskan isiu Raja dan bangsa Melayu nya- saya melihat perkara ini dari sudut seorang melayu yang enggan melihat pengembalian system pemerintahan despotik dan kezalimaan yang timbul dari despotism tersebut. Perkara ini sudah dinyatakan oleh pendita Zaaba sejak tahun 1927 dan pengamatan nya, releven pada zaman nya sehingga lah sekarang. Tidak ada seorang anak Melayu pun yang sudah dididik dalam demokrasi yang memuliakan hak individu yang dianugerah Tuhan, yang menginsafi bahawa kita sendirilah yang bertanggung jawab keatas hidup kita, yang mendahulukan instutusi keluarga dan kemudian meletakkan kepentingan masyarakat sebagai suatu objektif yang penting- mahukan sebuah kerajaan yang terdiri dari suatu oligarki yang memerintah secara despotism. Kerana despotism yang membawa kepada system totalitarian yang disukai oleh pemerintah yang cenderung kepada himpunan kuasa, akan mengancam hak inidvidu, hak keluarga dan hak masyarakat. Mereka mahu kita menyerah segala kuasa kepada mereka untuk mereka memperlakukan sesuka hati.

Jangan kudakan nama bangsa untuk menghalalkan kezaliman dan penindasan.

Maka, segala usaha untuk mengembalikan system raja mutlak mesti ditentang oleh individu yang berjiwa merdeka. Sokongan dari suatu kumpulan Melayu tidak lain dan tidak bukan ialah suatu usuaha untuk mengekalkan system pemerintahan golongan yang gila kuasa.  Yakni orang yang cakap besar mahu mentransformasi negara, yang cakap besar bahawa zaman kerajaan tahu lebih dari rakyat sudah berakhir; orang yang cakap besar bahawa demokrasi Malaysia akan jadi demokrasi terbaik di dunia. Juga orang yang cakap besar dan mengejek ngejek bahawa orang lain tidak faham undang2 tubuh negeri Selangor dan  cakap besar bahawa Pakatan gagal menjadikan diri mereka alternative kepada BN.

Kembali kepada penasihat dan punah-sihat Raja tadi. Mereka tidak menasihat Sultan supaya menerima amalan konvensyen- bahawa tidak salah jika hanya satu nama dikemukakan. Mereka memilih untuk memberi maksud yang membawa kepada mischief- yakni membenarkan Sultan tidak mengikut konvensyen dan mahukan lebih dari 2 nama dikemukakan. Ini nasihat yang memusnahkan- sebab selepas ini sudah ada precedent baru selepas precedent yang dilakukan di Perak. Bahawa Sultan sekarang sudah boleh memerintahkan supaya lebih daripada 2 nama mesti dikemukakan.

Nasihat yang membawa mischief ini , akan berkahir dimana? Akhirnya, UMNO sendiri yang akan menerima padahnya apabila ada Sultan yang assertivemenuntut supaya lebih dari 2 nama dikemukakan untuk jawatan PM. Ketika itu, kita mahu lihat sama ada PM Najib berani tak mengatakan bahawa kerajaan nya tidak faham undang2 tubuh Malaysia.

Maka setelah Sultan Selangor enggan terima pakai amalan konvensyen yang dipakai sejak merdeka- yakni hanya satu nama dikemukakan untuk dilantik sebagai MB, maka terjadilah ribut politik Selangor ini. Mengenai Khalid Ibrahim yang bingung politik itu, saya tidak mahu ulangi lagi.

Saya kata dengan sembah takzim, Sultan tidak diberi kuasa melantik MB selain dari apa yang dibenarkan oleh perlembagaan. Jangan membaca berlebihan apabila perkara ini dinyatakan. Saya juga menyebut, Raja kita ialah Raja berpelembagaan. Saya sokong perkara ini. Saya tak sokong system raja mutlak. Itu tidak menyalahi undang2. Juga, ianya bukan kenyataan menunjuk pandai dari orang lain. Ini semua fakta. System beraja kita ialah system raja berpelembagaan. Ini bukan zaman Sultan Mahmud dalam Sulalatus Salatin.  Itu sahaja yang saya cakap.

Mengikut konvesnyen sejak dari merdeka, untuk jawatan MB atau PM hanya satu nama dikemukakan. Jika PKR dan DAP berdegil mengemukakan satu nama sahaja walaupun Sultan perintah demikian, kesalahan mereka ialah berdegil. Bukan durhaka sebab durhaka bukan kesalahan undang2 negara ini. Ianya hanya releven dalam pemerintahan Raja Mutlak. Tidak juga menghina Raja. Bagaimana kah keputusan mengemukakan satu nama sahaja dibaca sebagai menghina raja Melayu dan seterusnya menghina melayu?

Dimana UMNO dalam perkara ini? UMNO enggan menyokong perkara ini sebab ianya belum terjadi kepada nya. Cuba nanti, jika BN terus menang, Agung meminta lebih dari satu nama dikemukakan. Apa UMNO akan buat?

Kita tahu apa mereka akan buat. UMNO akan menjelajah keseluruh negara membantai Raja Melayu. Moral raja2 Melayu akan didedahkan. Ada yang berani hendak tangkap raja dan ikat mereka dipokok dan biarkan kerengga gigit. Cerita luar dan dalam raja melayu semua akan dibongkar. Ketika itu tidak siapapun dari kalangan UMNO akan menjuarai Raja melayu. Ketika itu baharulah Raja2 Melayu tahu belang sebenar UMNO.

Saya merasakan isiu Selangor sekarang telah meluas kepada isu perlembagaan. Apa raja boleh buat dan tak boleh buat. Prinsip asas raja berpelembagaan kepada saya sebagai pengamal politik, ialah Raja bertindak atas nasihat. Nasihat siapa? nasihat MB atau nasihat PM. Atau nasihat wakil dari kumpulan majority. Tapi saya juga merasakan dalam budaya demokrasi, Raja Melayu mesti juga mengarahkan pandangan mereka kepada memberi sokongan kepada roh tujuan Raja berpelembagaan yakni kepentingan rakyat didahulukan dari fikiran sabjektif raja.

Itulah sebab nya, mengapa, mengikut amalan konvensyen sejak bermula lahir Malaya ini- hanya satu nama dikemukakan. Dalam kes Isa Samad- Yang DiPertuan Negri Sembilan enggan menerima Isa. Sampai 4 kali Ghafar Baba mengadap Raja Negeri Sembilan akhirnya, Isa diterima.

Maka atas nama prinsip demokrasi berpelembagaan, kerajaan yang dipimpin oleh Najib mesti menyokong usaha mengemukakan satu nama sahaja, sebab itulah cara yang betul.
Maka apabila ada pihak yang mengemukakan satu nama- itu mengikut amalan konvesnyen. PKR dan DAP telah pun memhon maaf. Janganlah kita pula hendak membaca tindakan mengemukakan satu nama sahaja sebagai durhaka. Kita tidak ada undang2 les mejeste dan durhaka tidak ada signinifikens undang2. Ianya bukan suatu jinayah.

Kita sedih melihat ada anak Melayu, dalam zaman moden ini, masih mahu berperanan sebagai Tun Biajid dan Tun Isap. Dalam Sulalatus Salatin- kita membaca cerita bagaimana Sultan Mahmud ‘bermain’ dan meniduri isteri Tun Biajid. Tun Biajid tahu akan hal ini, tapi memilih untuk tidak menebus aib, kerana Sultan Mahmud, apakan daya tuan kepada nya. Tidak mengapa, itu pilihan Tun Biajid.

 Tun Isap pula adalah suatu karakter pembodek dan pengampu yang nombor satu. Apabila diberi sirih junjung oleh Sultan Mahmud- membaca dan menterjemah itu sebagai suatu perintah melakukan sesuatu yakni membunuh Tun Sandang yang terlebih dahulu menjamah courtesan Tun Dewi. Courtesan adalah seorang wanita yang meniduri orang kaya , berkuasa dan mereka yang ternama. Dalam bahasa yang lebih kontemporer - courtesan itu ialah high class prostitute.

Tidak ada isteri yang ditiduri, tidak ada sirih junjung yang dikurnai- tapi ramai para juak yang mahu menjadi Tun Biajid dan Tun Isap.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.