Demokrasi Malaysia bukan macam tu..calon wakil rakyat dipilih oleh ahli parti. Betul ka?
Mana ada. Ahli parti pun mana ada hak untuk memilih calon wakil rakyat, sebaliknya dipilih oleh mereka yang berkuasa dalam parti...dan dalam DAP Perak, Ngeh dan Nga merupakan taiko yang paling berkuasa untuk memilih calon.
Dalam PRU 13, ramai yang melobi untuk jadi Ahli Parlimen Kampar tapi akhirnya dapat kat Dr. Ko Chung Sen. Siapa Dr. Kong ini?
Dr. Kong adalah Pakar Jantung di KPJ Ipoh Specialist Hospital. Dia pernah merawat Lee Chee Seng yang diserang sakit jantung dan sebagai balasan kerana "menyelamatkan nyawa" Lee Chee Seng, Lee Chee Seng telah meminta Nga Kor Ming dipilih sebagai calon Parlimen Kampar. He..he..orang DAP layak gantung bendera buat dinner saja la.
Nak cakap tentang demokrasi atau ketelusan dalam DAP? Belajar dari Nga Kor Ming.
Sebelum PRU 13, siapa kenal Yong Choo Kiong atau Paul Yong? Ramai yang tak tau.
Paul Yong juga teringin nak jadi ADUN Tronoh yang pada masa itu disandang oleh Sivakumar. Kalau nak bersaing dengan Sivakumar, susah sikit sebab Sivakumar terkenal dengan Speaker yang kena seret. Lagi pun Sivakumar banyak buat kerja dan terkenal di DUN Tronoh.
Cara yang paling pantas untuk jadi calon ialah dengan "membeli" Nga Kor Ming.
So, Nga Kor Ming bukan saja jadi ahli Parlimen dan ADUN, dia juga jadi pemaju perumahan, pengusaha restoran, kedai jahit, ....tu belum termasuk saham yang dipegang dalam banyak lagi bisnis.
Pelaburan Paul Yong dengan "membeli" Nga Kor Ming mendapat dividen yang tinggi apabila Paul Yong dipilih menjadi calon DUN Tronoh dalam PRU 13 yang lalu dan menang.
Susah ka nak jadi calon dalam DAP? Tak susah...cuma beli Nga Kor Ming dah cukup.Nak cakap tentang kronisma? Bullshit. Ini bukan kronisma la...
Ini... ini dipanggil "lu tolong wa...wa tolong lu."
COPY PASTE DARI FACEBOOK MAT SAMAN KATI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.