`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, September 8, 2014

Polis tahan 'Haji' liwat OKU



ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki berstatus haji bagi membantu siasatan kes liwat terhadap seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di sebuah masjid di Tunjang, dekat Jitra Khamis lepas.
Polis menahan suspek yang berusia 50-an itu di rumahnya di Jitra selepas mangsa berkenaan yang cacat penglihatan berusia 46 tahun membuat laporan di Balai Polis Jitra kira-kira pukul 12.40 tengah hari semalam.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa telah dijemput oleh suspek di rumahnya dengan sebuah motosikal untuk ke masjid.
Katanya, sebaik tiba di masjid, mangsa yang mengenali suspek sejak tiga bulan lalu telah diberi makan terlebih dahulu.
"Suspek telah mengunci pintu masjid yang ketika itu kosong sebelum mengambil kesempatan meliwatnya di situ. Suspek kemudiannya telah menghantar mangsa ke rumahnya," katanya ketika dihubungi hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.