`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, September 24, 2014

UPSR Bahasa Tamil Bocor, BM Mesti Bocor Juga

Lambat sikit saya dapat berita tentang kebocoran kertas UPSR Matematik dan Kertas UPSR Bahasa Tamil. Mulanya saya ingat kertas bocor kekal hanya pada matapelajaran bahasa inggeris dan juga sains sahaja.

Bila isteri call, baru tahu yang anak saya terpaksa ambil sekali lagi kertas peperiksaan upsr untuk Matematik juga selain daripada Sains dan Bahasa Inggeris. Nasib baik anak saya tak ambil Bahasa Tamil, kalau tidak tentu ada satu lagi matapelajaran tambahan yang kena diulang semula.

Kertas UPSR Bahasa Tamil Bocor, Kertas BM mesti bocor juga
Dari satu segi, nampaknya anak saya agak seronok sebab, masa kerta peperiksaan UPSR matapelajaran Matematik sebelum ini, dia kata tak dapat siapkan dengan baik. Bila dapat peluang untuk buat sekali lagi, dia bersemangat semula dan berazam untuk buat dengan lebih baik.

Ertinya, ada juga kebaikannya dalam isu kebocoran kertas peperiksaan UPSR pada anak saya dan mungkin juga pada anak-anak anda yang sedang bersiap untuk menduduki semula UPSR sekali lagi untuk beberapa subjek yang dah bocor.

Berapa Ramai Ambil Bahasa Tamil

Bilangan calon yang menduduki kertas peperiksaan UPSR Bahasa Tamil untuk tahun 2014 ini saya tak berapa pasti jumlahnya. Tapi saya lihat statistik lama biasanya hanya seramai antara 13 ribu ke 15 ribu pelajar sahaja yang akan menduduki kertas peperiksaan UPSR Bahasa Tamil.

Jumlah itu tidaklah berapa ramai sangat berbanding kertas-kertas lain. Lagipun jumlah orang India di negara kita bukanlah jumlah yang terbanyak. Orang India hanya merangkumi sebanyak 7.1% sahaja daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Dari jumlah itu, 85% daripada mereka adalah daripada suku Tamil.

Berdasarkan jumlah yang tak berapa ramai itu, saya amat pelik bagaimana boleh ada permintaan terhadap kertas soalan UPSR Bahasa Tamil. Disebabkan ada permintaan lah maka kebocoran berkemungkinan berlaku.

Apa Motif Bocorkan Kertas Bahasa Tamil

Kalau nak dinilaikan dari segi duit jualan kertas peperiksaan UPSR Bahasa Tamil bocor, taklah berapa lumayan sangat. Jadi ianya bukanlah satu keputusan bisnes yang baik.

Mungkin juga kebocoran bukan atas motif duit, tapi lebih kepada motif prestasi pelajar berbahasa Tamil. Ini merupakan satu kelebihan hanya untuk ahli politik dari kalangan orang India sahaja, atau lebih tepat lagi parti MIC yang berada dalam gabungan Barisan Nasional.

Kalau kedudukan peperiksaan UPSR Bahasa Tamil cemerlang, maka semua sekolah dan guru-guru Bahasa Tamil akan mendapat nama. Maka orang politik boleh celup sikit kredit untuk diri mereka untuk mendapat sokongan para pengundi berbangsa India.

Tapi rasanya tak berapa berbaloi sangat untuk bocorkan kertas UPSR Bahasa Tamil untuk tingkatkan kecemerlangan orang India dan seterusnya orang olitik mendapat nama. Saya syak ianya lebih kepada duit.

Kertas UPSR Bahasa Malaysia Tentu Bocor

Apa yang saya cuba nak bawa kat sini adalah berdasarkan logik tawaran dan permintaan, maka kalau kertas UPSR Bahasa Tamil boleh bocor, sudah tentu kertas Bahasa Malaysia lebih patut untuk bocor.

Dari segi apa sekalipun samada bermotifkan duit, atau bermotifkan mileage politik atau prestasi, kertas UPSR Bahasa Malaysia lebih patut dibocorkan berbanding kertas Bahasa Tamil.

Dan saya amat pasti bahawa ianya turut bocor namun tidak dapat dibuktikan maka tidaklah dapat peperiksaan UPSR Bahasa Malaysia diulang semula.

Kertas UPSR Bocor Perkara Biasa

Ramai yang memberikan komen bahawa apa saja jenis peperiksan yang dijalankan di negara kita sejak kita ambil alih sistem peperiksaan sendiri sentiasa bocor. Ketika sistem peperiksaan menggunakan dan dikendalikan  oleh sistem British, tak pernah dengar kes-kes kebocoran.

Masa penggunaan sistem peperiksaan British dulu juga jumlah pelajar yang skor A bercabang-cabang dan meletup-meletup jarang kedengaran. Untuk luluspun amat sukar, malah sekadar lulus dah boleh jadi hero satu kampung.

Kalau adapun pelajar yang skor habis semua A dalam semua subjek matapelajaran sistem peperiksaan British, dia itu tentu pelajar berhantu dan bijaksana terlampau dan bakal jadi professor tuk-tuk.

Kerap Bocor Sejak Sendiri Ambil Alih

Sebaik saja kita ambil alih dan uruskan sendiri kesemuanya, maka pencapaian para pelajar mula meningkat. Yang paling ketara peningkatannya adalah semenjak dua menjak ini di kala para pemimpin kita mendabik dada mengumumkan bahawa sistem pendidikan di negara kita adalah yang terbaik di dunia.

Sedangkan semua orang tahu kedudukan universiti kita tidak ada satupun yang boleh dibanggakan dalam senarai universiti terbaik dunia. Bagaimana kita masih boleh dakwa sistem pendidikan kita terbaik di dunia saya tak berapa faham perkiraannya.

Mungkin yang dimaksudkan adalah baik dari segi melepaskan dan meluluskan semua pelajar dalam apa saja mata pelajaran. Kalau di negara luar, markah untuk lulus dan skor A sentiasa kekal dan tidak berubah standard-nya.

Tapi di negara kita pihak berkuasa 'baik' terlampau dan sentiasa akan merendahkan tahap atau markah kelulusan agar ramai yang lulus dan pencapaian yang akan diumumkan secara langsung akan mendapat tepukan gemuruh macam cerita filem hindustan.

Kes Kertas Soalan UPSR Bocor Memalukan

Sebenarnya kes kertas soalan UPSR yang berlaku di negara kita adalah satu skandal yang amat mengaibkan. Apatah lagi semua orang berkata dan percaya bahawa perkara tersebut sudah menjadi lumrah biasa.

Samada betul atau tidak betul bahwa kertas peeriksaan bocor adalah biasa dalam semua jenis peperiksaan saya tak dapat pastikan. Itu urusan pihak polis. Hanya mereka yang dapat kertas bocor itu saja dapat mengesahkannya. Tapi bila terbukti tahun ini, maka ianya amat memalukan.

Kalau di negara luar, menteri yang incharge akan mengambil tanggung jawab penuh dan menutup rasa kemaluannya yang besar dengan meletakkan jawatan. ia merupakan satu skandal berat dan 

Mungkin tiba masanya, kita perlu outsource saja sistem pendidikan pada microsoft atau mana-mana syarikat yang bagus.

Jangan ada ahli politik yang masuk campur dalam hal ehwal pendidikan kerana akan ada kecenderungan untuk jadikan keputusan sentiasa hebat dan mendapat tepukan gemuruh. Semua itu agar mereka mendapat kredit sebagai berjaya dan boleh terus mendapat kuasa.

Itu sekadar cadangan saja, apa pula cadangan anda para pembaca. Boleh berikan komen di ruang bawah...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.