`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 26, 2014

Hospital Kuala Krai More Critical, Kenyataan Media Palsu (??) "Dari" Pejabat PM



I hope the special team of PMO guys who are paid to monitor my blog OutSyed The Box (yup there are at least three) will read this update on the very critical flood situation in Kuala Krai particularly the Kuala Krai Hospital and alert the Flood Relief people. 
.
The Army has to go in because the Army has high powered boats that can go against the current plus amphibious vehicles. And the Army has choppers (flown by the RMAF of course).
.
Here is an update from a quite desperate Doctor Nur Izzati direct from Kuala Krai Hospital. I am getting this info relayed through people in Pahang and Putrajaya
.
.
[20:11, 25/12/2014] Dr Nur Izzati: Bismillah..

.
Sekarang generator sudah kehabisan minyak. Seluruh hospital bergelap, lampu kecemasan menyala di sesetengah bilik. Tadi kami incubate baby dalam gelap...SpO2 drop sampai 18, bradycardia, Anaest specialist sendiri datang menyelamatkan keadaan. Pesakit icu dan ccu bernafas dengan mesin yang dijana kuasa bateri. Kalau bekalan tak pulih, kami akan bergilir2 manual bagging ...sampai..?
..
Minyak diesel utk generator dijanjikan sampai pukul 8.30 malam. Akan dihantar dengan helikopter.Masalah yg sedang dibincangkan; kami gelap gelita, flare gun tak ada, we need lights to show them where we are. 
.
Kuala Krai has become a huge river, and our hospital is one of the few islands, which unfortunately doesnt glow in the dark. .

.
Petang tadi kami semua excited. Helikopter datang with all the pomp, flair and machismo of Hollywood action movies. Everyone - who could make it, were out in the parking lot, waving, taking photos, wiping tears of joy, finally we were going to be saved. But were we? NO.
..
 

They weren't able to land. No space wide enough. No heli pad (duh of course). The rotor whirled so hard water splashed from the flooded area, debris flew up, and they said the roofs would detach if the heli came closer. The only way to rescue patients is by hoisting them up, airlift them - like in the movies. From the boats, or from a clearing very near the water edge.
.
We're talking about ill patients here. Yang bernafas dengan mesin, bayi2 baru lahir, orang tua patah tulang..
.

.
Mereka pergi. They departed and left us wondering. Kami terpinga2..
.

.
Kemudian  kami diarahkan utk bersedia semula utk evacuation. Able bodied patients, those few who are well enough to do a Schwarzenegger up a helicopter, were rounded up. Kami keluar ramai2 dan menunggu - tak tahu tunggu apa.
.
Helikopter berlegar2...dan tidak menghantar apa2. Kenderaan amfibia milik bomba datang. Kemudian ia pergi semula. 
.
Matron mengumumkan "tak jadi pindah, sila pulang ke wad masing2." Dan kerana lif tidak berfungsi (menggunakan lif dalam keadaan elektrik on-off begini pun adalah tindakan amat bahaya), pesakit2 ini beramai2 mengheret badan menaiki tangga.
.
Kami kecewa. Kecewa, dan takut..
.

.
Seorang kanak2 bertanya bapanya, as he saw the amphibian vehicle left us..deserted us.
.
"Abah, bakpo diorg datang?"
.
Entah. Kenapa kalian datang? Pusing2, tengok2 keadaan, kemudian bye bye good luck? 
.
  • Kami dengar khabar ada pasukan bantuan di Pejabat Tanah, di Wisma. 
  • Kami dengar khabar kanak2  yg berlindung di SMKSYP tak ada makanan. 
  • Kami dengar khabar kampung2 masih terpisah drpd bantuan kerana 'arus deras, tak cukup bot, bahaya'.
.
Khabarnya minyak diesel utk generator akan sampai sekejap lagi. Kami menunggu. 
.
Khabarnya persediaan sedang dibuat utk memindahkan pesakit, for real this time. Kami menunggu.
.
Seorang doktor tentera vv LUAR YANG BARU SAMPAI SETAKAT INI) baru tiba, dan kami harap ketibaannya will mean a difference.
.
Kami menunggu.
  • .Mak ayah dan adik2 saya masih terperangkap entah atas bukit mana di Kuala Nal.
  • Orang2 kampung Kuala Nal bertarung nyawa dengan arus deras, rumah2 telah hanyut. 
  • Bagaimana dengan orang Kampung Bahagia, 
  • orang2 di kampung2 seberang Sg Kelantan? 
  • Saya tak tahu apa nak dibuat.
.
Khabarnya pagi tadi tv menyiarkan isu perkahwinan semasa banjir.
.
SHAME ON YOU, MALAYSIA. SHAME ON YOU..
Kami menunggu.
.
[20:12, 25/12/2014] Dr Nur Izzati: -Update dari hospital kuala kerai-
.
Ends.

This is the second desperate plea in 24 hours coming out from the Kuala Krai Hospital.  Surely our boys can penetrate the water and the rain and get to the Kuala Krai Hospital  in Kelantan. There are sick patients who need to be rescued.

Shahidan Kassim has said that our Flood Rescue & Management system is better than the United States.   Kuala Krai Hospital needs some urgent help.

Now here is a "Kenyataan Media" issued under the name of the Prime Minister Najib Tun Razak which I suspect is false.  I will explain to you why Ithink this Kenyataan Media is false and therefore it should be ignored.  First here is the Kenyataan Media (my comments in blue):

((As Salam. Mohon sebarkan kenyataan media YAB PM ini. TKasih. [SUB]));

Kenyataan Media

1. Saya telah dimaklumkan (he has been 'dimaklumkan' because he is in Hawaii) bahawa keadaan banjir di beberapa negeri kini semakin teruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di sesetengah kawasan meningkat dengan mendadak.

2. Saya telah berhubung (I think melalui troposcatter satellite earth station) dan berbincang dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi mempertingkatkan lagi usaha membantu mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan yang terjejas teruk dan berisiko tinggi. Saya telah meminta YAB Timbalan Perdana Menteri mempertingkatkan lagi operasi penghantaran bantuan berupa makanan berikutan wujudnya kesukaran untuk sampai ke  kawasan banjir tertentu.

3. Saya diberitahu (because dia sendiri tak tahu, sebab he is in Hawaii) antara punca utama usaha memindahkan mangsa-mangsa banjir dan penghantaran barang makanan agak sukar dilakukan di sesetengah  tempat adalah disebabkan paras air yang sangat tinggi, arus deras yang merbahaya untuk kenderaan dan bot penyelamat di samping ada pusat pemindahan yang turut ditenggelami air.

4. Saya juga diberitahu, usaha penghantaran bantuan menerusi helikopter  terganggu berikutan cuaca buruk yang menyukarkan penerbangan dilakukan. Terdapat juga di kawasan tertentu helikopter tidak dapat mendarat untuk menurunkan bantuan berikutan tiada lokasi sesuai berhampiran pusat pemindahan.

5. Saya percaya dan yakin pasukan penyelamat kita yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan anggota sukarelawan sedang bertungkus lumus untuk memberikan bantuan yang terbaik termasuk mencari ikhtiar untuk sampai juga ke lokasi pemindahan yang sukar bagi menyalurkan segala bantuan yang ada.

6. Apapun kerajaan akan memastikan agar segala usaha dilakukan bagi membantu semua mangsa menghadapi banjir yang begitu mencabar pada tahun ini (ok YAB, semoga bantuan dapat dihantar sebelum air surut dan matahari sudah kembali bersinar dan burung cit-cit kembali bercit-cit. The people need urgent help now while you are holidaying in Hawaii.)

Dato' Sri Mohd Najib
25 Disember 2014
Putrajaya

Ok this is why I think  this Kenyataan Media is fake. It is signed off as "Putrajaya". The PM is in Hawaii. Not Putrajaya. How can his Kenyataan Media be signed off in Putrajaya when he is in Hawaii? Thats why I think this Kenyataan Media is false.  

Unless the PMO can confirm that this Kenyataan Media is genuine?? 

Here are pictures from the Washington Post showing Najib playing golf on Kane-ohe-ohe-ohe Golf Course in Hawaii on Christmas Day ie 25 Disember 2014.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.