`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 29, 2014

Rupanya Berita Ini Bukan Fitnah.. Najib Sahkan


KUALA LIPIS 28 Dis. – Semua menteri Kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, arahan itu dikeluarkan pagi tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali.

“Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku, dekat sini hari ini.

Terdahulu, Najib melakukan lawatan sehari ke beberapa kawasan dilanda banjir di Pahang telah melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Clifford.

Dalam pada itu, Najib berkata, situasi banjir yang semakin reda dan pusat-pusat pemindahan di Kedah yang telah ditutup membolehkan aset serta pasukan keselamatan yang bertugas di negeri itu ditugaskan di negeri-negeri yang masih dilanda banjir.

Beliau berkata perkara itu patut dilakukan segera bagi memboleh­kan anggota tentera, polis dan pasukan keselamatan lain dapat dikerah membantu operasi di negeri-negeri lain yang masih berhadapan dengan bencana alam luar jangkaan itu.

Berhubung lawatannya ke pusat pemindahan, Perdana Menteri berkata, beliau amat berpuas hati kerana pusat-pusat pemindahan diuruskan dengan begitu baik.

“Keadaan pusat pemindahan yang saya lawati dilihat diurus dengan baik, maknanya bantuan makanan dan bantuan lain dapat diberikan dengan agak baik dan saya ucapkan terima kasih pada semua pihak yang membantu dan memberi kerjasama,” katanya. ~utusan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.