`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, December 4, 2014

Itu Bangla Sudah Mau Mali, Sapa Kasi Panggil ??. Itu Abang Najib lah "

Yang sebenarnya sudah terlalu ramai pendatang asing yang Malaysia telah miliki. Panggil berkerja tahu tapi pemantauan tidak ada. Bila tamat visa mahupun passport dorang semua akan menetap dekat Malaysia. Yang mana tidak bernasib baik akan tertangkap yang mana bernasib baik beranak pinak kat sini bahkan mendapat ic.

Kita baru sahaja dikejutkan dengan laporan akhbar baru-baru ini. Metro tahu bukan Harakah, yang mana jumlah pendatang asing di negara ini telah mencecah 6.7 juta yang merupakan hampir 20% daripada jumlah penduduk Malaysia. Bukannya nak mengurangkan malah menambah. ceroi betullah, bacalah berita b awah ni ;





PUTRAJAYA: Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Bangladesh bagi membawa masuk 12,000 pekerja dari negara itu untuk bekerja di sektor perladangan di Sarawak, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, sektor perladangan di Sarawak kini memerlukan 60,000 pekerja yang akan dipenuhi secara berperingkat.

"Kita akan lihat penyesuaian 12,000 pekerja Bangladesh yang akan dibawa masuk dalam masa terdekat.

"Kita akan tentukan sama ada mahu membawa masuk lebih ramai pekerja dari Bangladesh selepas itu," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, di sini sebentar tadi.



Malaysia dan Bangladesh turut mengadakan perbincangan lanjut mengenai kerjasama dalam bidang penjanaan kuasa dan projek pembangunan perumahan. BH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.