`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, December 26, 2014

Selangor batal sambutan Tahun Baru, lebih RM1juta untuk mangsa banjir

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memaklumkan bantuan sebanyak RM1 juta kepada Kelantan yang berhadapan dengan banjir luar biasa di samping membatalkan acara sambutan tahun baru bagi menghormati mangsa banjir di seluruh negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Disember, 2014.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memaklumkan bantuan sebanyak RM1 juta kepada Kelantan yang berhadapan dengan banjir luar biasa di samping membatalkan acara sambutan tahun baru bagi menghormati mangsa banjir di seluruh negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Disember, 2014.
Selangor memutuskan membatalkan sambutan Tahun Baru 2015 serta Te‎masya Selangor 15 sebagai tanda simpati kepada rakyat di negeri-negeri pantai timur yang menderita bencana banjir, kata Mohamed Azmin Ali.
Menteri besar Selangor itu berkata, keputusan dibuat bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri Selangor.
"Kerajaan negeri Selangor mengarahkan Majlis Bandaraya Shah ‎Alam (MBSA) untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember di I-City, Shah Alam atas prinsip sama," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), di Shah Alam hari ini.
Sejumlah RM200,000 juga ‎bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang dikendalikan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (Pantas).
Beliau bersama delegasi juga akan turun ke Kelantan hari ini untuk menyampaikan bantuan‎.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.