`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, February 9, 2015

Apa yang bekas panglima IS lakukan di Kuala Lumpur?



Kredit harus diberikan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pasukan seragam birunya terhadap penangkapan bekas panglima asing militan IS baru-baru ini.

Kenyataan dari Khalid pada 7 Feb mendedahkan Cawangan Khas Anti Keganasan Bukit Aman telah berjaya menangkap seorang lelaki berusia 45 tahun berasal yang dari Asia Barat di dalam operasinya pada 31 Jan.

Pengganas terbabit, antara orang yang paling dikehendaki di negaranya, dikatakan lolos ke Malaysia selepas menyelinap menggunakan pasport palsu.

Khalid berkata, warga asing ini yang didakwa bergerak secara aktif dengan IS di Syria antara tahun 2012 dan 2014, terlepas masuk ke Malaysia kira-kira tiga minggu lalu.

Lelaki yang tidak didedahkan kewarganegaraannya itu telah dihantar pulang ke negaranya berikutan penahanan beliau di bawah undang-undang imigresen di atas kesalahan memiliki pasport palsu.

Khalid telah memberi kita jaminan bahawa polis akan terus meningkatkan lagi pengawalan dan mengesan militan yang menggunakan Malaysia sebagai pusat transit atau tempat penyembunyian.

Penangkapan dan penghantaran pulang militan ini meneruskan lagi kejayaan polis di dalam membendung sebarang aktivit militan yang berkait dengan IS di Malaysia.

Sejak Februari lepas, pasukan Bukit Aman telah menahan lebih kurang 51 warga Malaysia yang disyaki militan. Tindakan pantas mereka juga membuatkan mereka berjaya melumpuhkan laluan yang digunakan oleh militan tempatan untuk menyertai IS di Syria.

Malahan, pada pertengahan Januari tahun ini, perekrut IS di Syria telah memberi amaran di dalam website IS menggesa warga Indonesia untuk tidak melalui transit di Malaysia, dengan menyatakan jika berbuat demikian umpama membunuh diri.

Namun, tindakan polis menentang militan acah-acah ini haruslah berterusan dengan tekad. Kecenderungan militan asing IS bersembunyi di Malaysia adalah satu trend yang merisaukan.

Kita lihat penahanan seorang yang begitu. Siapa tahu berapa ramai lagi yang ada di luar sana. Dan apa yang mereka buat di sini. Adakah mereka sedang merekrut? Atau sedang merancang serangan di sini dengan militan warga Malaysia?

Berdasarkan laporan, bekas panglima IS yang dihantar pulang itu mempunyai sejumlah wang yang banyak ketika ditahan di dalam bulik hotel di kawasan tumpuan pelancong di Bukit Bintang.

Ini amatlah merisaukan. Seorang militan yang telah biasa bertempur ditahan betul-betul di lokasi yang sangat sibuk di pusat bandar kita membuatkan rakyat Malaysia berasa sangat tidak selesa.

Siapa yang beliau jumpa semasa di sini? Untuk kegunaan apakah wangnya itu?

Saya yakin Bukit Aman sedang menggali sedalamnya tentang isu ini dan difahami demi siasatan yang sedang berlangsung, pihak polis tidak akan mendedahkan apa-apa secara terbuka.

Namun, militan asing yang ditahan itu tidak didakwa di sini dan dihantar pulang kerana keasalahan berkaitan imigresen telah menimbulkan dua kemungkinan.

Pertama, polis tiada bukti untuk mengaitkan beliau dengan aktiviti militan tempatan. Jika begitu, mungkin kita tidak perlu terlalu panik dengan kehadiran pengganas ini di dalam negara.

Kedua, polis kita tidak mahu berurusan dengan lelaki ini dan sejarah keganasan beliau, walaupun dia sedang membuat kerja kotornya di sini, tanpa mengira apapun, maka mereka terus hantar beliau pulang. Jika begitu, kita perlu risau, sangat-sangat risau sebenarnya.

Namun begitu, saya yakin yang polis kita betul-betul tahu apa yang perlu dilakukan untuk melindungi negara dan rakyat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.