`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, February 3, 2015

" VIDEO RAKAMAN DETIK CEMAS TIGA PENJENAYAH BERTOPENG MEROMPAK KEDAI EMAS DI PASARAYA GIANT BANTING "




Kula Lumpur – Dalam masa tiga minit sahaja, tiga lelaki bertopeng dan bersenjata melarikan beg berisi barang kemas selepas menembak dan memecahkan cermin ruang pameran kedai emas di sebuah pasar raya di Banting pada Ahad.

Pengurus kedai emas terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Ooi berkata, semasa kejadian empat pekerja wanita berada di kedai itu yang terletak di tingkat bawah pasar raya itu.

Ooi berkata, dia terdengar bunyi dua tembakan dilepaskan sebelum perompak tersebut mengacukan senjata ke arah pekerja wanita tersebut dan mengarahkan mereka supaya meninggalkan kedai terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitenden Azman Abdul Razak berkata dua lagi lelaki bertopeng kemudian masuk ke kedai tersebut dan bertindak memecah cermin ruang pameran semasa pekerja wanita melarikan diri dari kedai itu.

“Mereka memecah beberapa cermin ruang pameran dan melarikan pelbagai barang kemas seperti cincin, rantai, gelang dan subang dari kabinet tersebut.

“Mereka kemudiannya melarikan diri menerusi pintu masuk bahagian hadapan dan menaiki sebuah kereta Naza Citra berwarna perak dan dilihat menghala ke arah Dengkil.

Kenderaan yang dinaiki mereka didaftarkan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Mereka masuk kira-kira pukul 11.47 pagi dan keluar melarikan diri bersama barang kemas pada pukul 11.50 pagi,” kata Azman.


Beliau berkata polis telah mengedarkan lakaran ketiga-tiga suspek dan pemandu kereta tersebut kepada pihak berkuasa di negeri ini dan sedang berusaha untuk mengenal pasti mereka. Suara TV

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.