`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, May 10, 2015

Benarkah Tabung Haji beli RM1.6 bilion bond 1MDB Bandar Malaysia?


PAS hari ini mendesak kerajaan memberi penjelasan apakah benar Lembaga Tabung Haji (TH) membeli RM1.6 bilion Sukuk 1MDB Bandar Malaysia sebelum membeli plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang kini menjadi pertikaian.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menurut cadangan perjanjian yang didedahkan blog The Benchmark, risiko yang perlu ditanggung TH ialah sebanyak RM4.8 bilion jika pembelian dua plot tanah TRX dan pembangunan itu direalisasikan.

"Namun, apa yang menarik, RM3.2 bilion ialah risiko daripada pembelian tanah, manakala RM1.6 bilion ialah risiko daripada pelaburan TH sedia ada di dalam Sukuk 1MDB Bandar Malaysia," kata naib presiden PAS itu dalam satu kenyataannya hari ini.

Apakah ini bermakna TH sudah melaburkan duit sebanyak RM1.6 bilion di dalam 1MDB sebelum kontroversi pembelian tanah TRX daripada 1MDB meletus, soalnya.

Menurut dokumen itu, pada 18 Februari 2014, 1MDB mengumumkan menjual sukuk Bandar Malaysia bernilai RM2.4 bilion.

"Jika dakwaan di atas benar, ini bermakna TH membiayai 66% daripada sukuk yang dikemukakan 1MDB," kata Tuan Ibrahim.

Sehubungan itu, PAS menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB, dan Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, tampil menafikan perkara ini sekiranya ia tidak benar.

"Sekiranya ia benar, apakah status pelaburan sukuk ini? Apakah ia sudah memberikan pulangan atau sudah digunakan untuk membayar hutang 1MDB yang bertimbun sehingga perlunya TH membeli tanah TRX daripada 1MDB?

"Apakah ini cara pemimpin Umno menggunakan duit TH? 1MDB menggali hutang, Tabung Haji diguna untuk menutupnya?" soal pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi.

TH sebelum ini membuat laporan polis berikutan pendedahan blog berkenaan terhadap dokumen sulitnya yang membawa implikasi dokumen itu disahkan sebagai tulen.

TH mengesahkan pembelian hanya satu tanah di TRX tetapi tidak mengesahkan pembelian satu lagi tanah serta pembelian sukuk itu lapor The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.