`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 18, 2015

Mesyuarat Atas Pesawat, Naik Taraf Jet. PM Tetap Tidak Akan Turun.



LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan pembelian jet mewah kerajaan dan menaiktarafkanya untuk kegunaan VIP, dengan berkata ia diperlukan untuk mesyuarat rasmi dengan ketua-ketua negara.
Pembelian jet, yang membuat penerbangan sulungnya semalam, dikritik hebat kerana ia dibuat kebetulan dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Adalah menjadi amalan standard di seluruh dunia bagi kebanyakan pemimpin untuk menggunakan jet rasmi, bukan untuk bermewah, tetapi untuk kecekapan dalam menjalankan tugas mereka.
"Bahagian dalam pesawat diubahsuai begitu supaya mesyuarat dan perbincangan boleh diadakan di atas kapal dan urusan negara boleh terus walaupun semasa penerbangan.
"Oleh itu soalan tidak timbul sama ada atau tidak negara harus mempunyai jet rasmi," kata beliau dalam blognya.

Hal itu merupakan sebahagian 'soalan lazim (FAQ), yang sebahagian besarnya termasuk isu yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad. (MK)
Jadi, makin jelas berita Malaysiakini 'PM: Naik taraf jet untuk mesyuarat atas pesawat' ini, menampilkan PM Najib akan terus tetap di atas seolah-olah tidak akan turun lagi.. Tidak akan turun dari pesawat pentadbiran PM Malaysia.

1 comment:

  1. Aisehman kangkung

    jawapan saperti budak tadika

    siapa yg memutuskan corak naik taraf ni? mesti jawab

    makin lama makin terserlah kepondanan kangkung

    P.S. kalau nak jimat kos, lebih baik guna teleconference aje atau suruh hippo dok rumah bersenam, tak payah nak warna rambut RM1,200, tempah baju saiz xxx RM500 sepasang, beli beg berkin berjuta juta

    dok diam diam kat rumah buat kick boxing cepat kurus dan sehat

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.