`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 19, 2015

Siasat juga kemewahan PM, Menteri – NGO

Gejala kemewahan yang melampaui kemampuan adalah salah satu bentuk rasuah utama di negara ini

NOW, MACC


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya tidak mengecualikan siasatan terhadap kekayaan luar biasa Perdana Menteri dan Menteri Kabinet.

Gesaan itu dibuat oleh Pusat Pemerhati dan Pemberi Maklumat Kebangsaan atau NOW, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengarah NOW, Akmal Nasir berkata, siasatan SPRM juga sepatutnya melibatkan kekayaan luar biasa Menteri-Menteri Besar, pegawai-pegawai kanan kerajaan, pengarah-pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), wakil-wakil rakyat serta ahli-ahli keluarga mereka.

“Gejala kemewahan yang melampaui kemampuan adalah salah satu bentuk rasuah utama di negara ini. Pengawasan yang ketat perlu apabila melibatkan mereka yang berkepentingan dan melibatkan kekayaan negara atau harta rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kenyataan Akmal itu sebagai respon kepada kenyataan SPRM sebelum ini, yang mana SPRM sedang mengawasi Setiausaha Peribadi dan Setiausaha Politik menteri-menteri Kabinet yang hidup mewah di luar kemampuan.

Dalam masa yang sama, Akmal turut menyambut baik pandangan SPRM bahawa undang-undang baru perlu digubal supaya mereka yang hidup mewah melampaui pendapatan dipaksa mengisytiharkan harta.

Katanya, Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan pemimpin lain seharusnya mengisytiharkan harta sebelum dilantik dan isytihar secara berkala iaitu sekurang-kurangnya setiap dua tahun sepanjang tempoh memegang jawatan.

Dia berkata, SPRM pula bertanggungjawab untuk melaporkan harta yang diisytiharkan itu secara terbuka agar rakyat dapat menilai ketelusan dan memastikan gejala kemewahan yang melampaui kemampuan dapat dicegah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.