Isnin lalu Astro Awani melaporkan seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah terhadap lima pertuduhan menipu Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail melibatkan RM1.75 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara antara lima dan lapan tahun serta empat sebatan terhadap Shamsubahrin Ismail, 49, bagi lima pertuduhan menipu manakala penjara antara enam bulan dan lima tahun bagi 17 pertuduhan pengubahan wang haram mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA).
Dengan itu, Shamsubahrin hanya perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun selepas mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman penjara itu secara serentak bermula hari ini.
Rozilah juga memerintahkan tertuduh membayar penalti RM611,895.94 bagi kesalahan di bawah AMLATFA iaitu sejumlah harta yang dilesapkannya.
Katanya, penalti itu yang berkuat kuasa hari ini perlu dijelaskan dalam tempoh tiga bulan dan jika gagal bayar tertuduh perlu menjalani hukuman penjara empat tahun.
Bagaimanapun Rozilah membenarkan permohonan peguam Hasnal Rezua Merican untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan wang jaminan daripada RM300,000 kepada RM350,000 dengan seorang penjamin... laporan penuh sila baca di SINI
Hari ini dalam satu sidang media yang diadakan di pejabatnya Ahli perniagaan tersebut, Datuk Shamsubahrin Ismail menyifatkannya menjadi mangsa konspirasi untuk menyelamatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya.
"Saya tidak boleh terima keputusan mahkamah berkenaan kerana beberapa sebab yang tidak diambil kira semasa perbicaraan dijalankan.
"Saya ada bukti lengkap dan surat-surat terdahulu yang mengatakan ini konspirasi untuk menyelamatkan keluarga Ketua Wanita UMNO itu serta keluarganya,"
Berikut adalah laporan dari Free Malaysia Today
KUALA LUMPUR – Former National Feedlot Corporation (NFC) consultant Shamsubahrin Ismail today questioned the Ministry of Finance’s (MOF) motives in requiring him to secure NFC’s approval for his proposed takeover of NFC’s cattle farming project.
MOF is asking me to talk to former NFC chairman Mohamed Salleh Ismail first before going to the Ministry, he complained.
“I do not understand why,” he said.
“I had expressed my clear intention to take over the project as well as absorb all the liabilities there.”
Pointing out that MOF had a golden share in NFC he asked why the Ministry could not decide on the matter itself.
“Is there a conspiracy to protect Sharizat Jalil’s family who are involved in NFC,” the businessman questioned.
He said that he had sent letters to the Deputy Prime Minister’s office, the Agriculture Ministry, MOF and Negeri Sembilan’s Menteri Besar office on Feb 26, expressing his intention to take over the project.
“The DPM’s office received the letter well. The office had stated in their written reply on March 13 that they had extended the suggestion to the Menteri Besar’s office for further talks,” he said.
However, he said that he was baffled as to why MOF would refer him to Salleh.
“This is a project with high potential, he said when asked why he was eager on taking over the debt ridden project, adding that Malaysians consume an estimated 20,000 head of cattle a month.
“The numbers may rise in the month of Hari Raya Korban,” he said.
He said that he has a 300-acre piece of land in Pahang to carry out the project.
For the first eight to ten years we will import cattle from abroad, he added, saying further that imports will stop after the tenth year as the cattle will be able breed on their own by then.
Shamsubahrin, who was sentenced by the Kuala Lumpur Sessions Court on Monday on five counts of cheating Salleh, faces a five-year jail term and four strokes of rotan.
He said he had appealed against the decision.
“Even if the High Court upholds the verdict against me, I will still be able to run the project” he said, claiming that he has a team in place to implement the project.
Dalam masa yang sama Astro Awani juga menyiarkan laporan yang sama.. tapi hanya seketika, laporan tersebut telah dipadamkan..
Kalau dicari laporan itu.. ini yang akan muncul di screen computer
Tapi masih boleh dibaca dibawah:
Tipu NFCorp: 'Saya jadi 'kambing hitam', mangsa konspirasi Najib' - Shamsubahrin
Wan Syamsul Amly,Astro Awani |Kemas kini:Mei 22, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 22, 2015 12:33 MYT)
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail yang dijatuhi hukuman penjara dan sebatan kerana lima pertuduhan menipu Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail - melibatkan RM1.75 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram - menyifatkannya menjadi mangsa konspirasi untuk menyelamatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya.
Tegasnya, langkah seterusnya adalah perbincangan dengan peguam untuk memastikan perincian kes yang akan dibawa ke Mahkamah Tinggi kelak diteliti untuk siasatan.
"Saya tidak boleh terima keputusan mahkamah berkenaan kerana beberapa sebab yang tidak diambil kira semasa perbicaraan dijalankan.
"Saya ada bukti lengkap dan surat-surat terdahulu yang mengatakan ini konspirasi untuk menyelamatkan keluarga Ketua Wanita UMNO itu serta keluarganya," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Pada 18 Mei lepas, Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara antara lima dan lapan tahun serta empat sebatan terhadap Shamsubahrin, bagi lima pertuduhan menipu manakala penjara antara enam bulan dan lima tahun bagi 17 pertuduhan pengubahan wang haram mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA).
Bagaimanapun, Shamsubahrin hanya perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun selepas mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman penjara itu secara serentak bermula hari ini.
(BERITA LANJUT MENYUSUL)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.