`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, August 9, 2015

Dalam klentong Ku Seman Ku Hussein, nampak juga Utusan punya resah...dah tak percaya putar alam

Image result for Najib and 2.6 Million

Ini saya petik Ku Seman Ku Hussain dari Mingguan Malaysia hari ini. Yang berikut adalah ringkasannya sahaja.  Saya ambil bahagian yang saya rasa "ber-roti telor". Bahagian 'roti kosong' saya tinggal dulu.  Di hujung ini saya ada tambah komen sikit  lagi.
RM2.6 bilion dan kewujudan ‘tangan ghaib’ mengganggu siasatan (SPRM). 

UMNO seharusnya tidak libatkan diri isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi

Anggaplah itu milik peribadi 
  1. Wall Street Journal hanya mengatakan dalam akaun peribadi
  2. UMNO menafikan dan dianggap "tidak masuk akal"
  3. bila SPRM sahkan, UMNO mengaku duit itu untuk parti.
UMNO ..kerja kuatlah menjelaskan derma itu bukan untuk UMNO. 

Jangan kelirukan rakyat antara derma dan dana politik. 

Rakyat marhaen dunia sebesar tempurung faham antara kedua-duanya.
  • derma dalam akaun peribadi adalah hak peribadi penerima. 
  • UMNO janganlah pandai-pandai anggap hak peribadi sebagai hak UMNO. 
  • UMNO perlu menegaskan derma RM2.6 bilion itu adalah hak peribadi. 
  • pemimpin sendiri tidak tahu menahu kewujudannya. Pelik bukan?
  • Shahrir: . tidak dibangkit atau didedahkan kepada Majlis Tertinggi 

Tragedi berlaku kepada SPRM di mana pegawai menyiasat kes ditahan polis 
hingga melumpuhkan siasatan tidak boleh dipandang ringan.
ditambah pula tindakan menukar dua pegawai kanan yang mengendalikan kes  
tindakan terdesak, panik, tidak ada strategi 
gambaran wujudnya "dalang" dan tangan ghaib membantutkan siasatan 

Bahri Mohamad Zin bersumpah mencari dalang hingga ke lubang cacing  
Shukri Abdull lantang mendesak JPM memulangkan pegawai kanannya 
kenapa tidak menunggu Bahri menyelesaikan siasatannya? 

Bahri sangat "bernilai" untuk disenyapkan.
Serang hendap yang bertalu-talu terhadap SPRM 
isyarat wujudnya "tangan ghaib" ke atas SPRM. 

Kepada SPRM, kami rakyat marhaen dungu ini sentiasa menyanjunginya. 
kami marhaen tidak ada kuasa tetapi tidak mudah ditipu atau tertipu.
Carilah hingga ke lubang cacing. Allah menyelamatkan tuan-tuan yang budiman.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/derma-rm2-6-bilion-dan-integriti-umno-sprm-rakyat-bersama-anda-1.122223#sthash.kxVL7WRf.dpuf

Pandangan saya : 

Isunya bukan saja duit haram RM2.6 bilion, penipuan dengan begitu berani dan gah, langsung tidak menghormati sistem perundangan, langsung tidak peduli sistem pentadbiran kerajaan dan mempersendakan 30 juta warga negara sebagai tidak relevan.  Sdra Ku Seman, saya rasa ramai teman2 di Utusan masih tidak faham bahaya bencana yang lebih besar yang mengancam bukan saja ekonomi dan keharmonian negara tetapi juga survival peradaban Melayu di Tanah Semenanjung ini.  Negara kita berada dalam keadaan yang sangat genting.

Harga minyak dunia kini di bawah US$44 satu tong.  Perancangan bajet kerajaan berasaskan harga minyak US$100 se tong.  Kerajaan pula sedang menanggung beban hutang berpuluh bilion yang dilaburkan dalam 'unit' misteri, akaun ini dan itu, loji air di padang pasir entah mana dan entah apa lagi.

Dalam beberapa minggu ini berbelas bilion Ringgit wang pelabur asing telah berhijrah keluar daripada pelaburan dalam saham-saham kita. Minggu depan pun perkara ini akan berulang lagi.

Ringgit Malaysia sekarang sudah jatuh ke tahap RM3.93 bagi setiap Dolar Amerika.  Bila Ringgit mencecah 'batasan saikoloji' (psychological barrier) RM4.00, saya rasa berbelas bilion lagi akan terbang, ghaib dari negara kita. Maka Ringgit akan jatuh lagi.

Ura-uranya datang bulan September,  Amerika Syarikat akan naikkan kadar bank (interest rate). Dolar akan naik dan Ringgit akan jatuh lagi.

Sahabat saya (bangsa Cina) ceritakan kilang tepung SME kepunyaan peniaga Cina yang telah tutup baru ini. Sebabnya kos bahan impot naik tapi harga jualan pula terkawal. Pagi hari, bila buka niaga saja, syarikatnya sudah rugi. Jadi peniaga itu terpaksa tutup kilang. Syarikat lori yang diupah angkut produk terpaksa dihentikan sewa lori. Syarikat lori (sole proprietor) pun berhenti operasi.

Dalam cerita ringkas ini, ramai orang Melayu terlibat sekali. Di kilang itu ada juga pekerja Melayu yang hilang kerja. Drebar lori pun budak local - hilang kerja juga.

Pengusaha Melayu yang beli tepung, kedai runcit Melayu yang beli tepung dan ramai lagi peniaga kecil yang ada kaitan atau business network dengan kilang tepung itu sekarang kehilangan supplier local. Maka mereka terpaksalah cari supplier baru, yang lagi jauh, yang melibatkan lebih banyak kos. Kalau kos lagi tinggi, mereka pun akan berhenti berniaga. Lagi ramai pekerja local akan hilang kerja.

Semua ini menjadi fakta sekarang. Realiti keadaan dalam negara kita yang dipimpin oleh satu gerombolan makhluk yang tidak faham dan tidak peduli apa yang sedang berlaku sebenarnya kepada rakyat marhaen. 

Yang terkini ialah pemimpinnya yang begitu dangkal  sanggup menyindir orang di Johor dengan persoalan dangkal 'Siapa tidak mahu BR1M?'

Itu saja tahap intelek pemimpin dangkal ini - 'cash is king' -  segala masalah negara boleh diselesaikan dengan menabur sedikit wang ringgit BR1M.

Bagi saya samada derma, dana, sedekah atau piti jatuh dari langit itu semua klentong saja. 

Saudara patut tanya dari mana datangnya derma / dana/ sedekah / piti dari langit itu? Kenapa sdra tidak mahu tanya? Mungkin kelmarin mamak itu terletak juga roti kosong depan sdra ?

Saudara patut tanya apa sudah jadi kepada baki duit RM2.6 bilion itu? Kenapa sdra tidak mahu tanya?  Roti kosong lagi?

Dulu Utusan boleh goncang kerajaan.  Sekarang  yang goncang lain, yang goyang pun lain.

Jika kita tidak selamatkan negara kita,  tidak ada siapa lagi yang akan ambil peduli nasib kita. Puaka dan polong juga akan berhari raya.    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.