`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, August 2, 2015

Kalau Ikut Tradisi, Anwar Dah Jadi PM Dari UMNO Hari Ini

najibjohor
HARI ini (bila mesyuarat bahagian UMNO dari Johor bermula), pelbagai isu berkaitan tradisi dibangkitkan untuk membantah (secara halus) tindakan Perdana Menteri menggugurkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari barisan kabinet Selasa lepas.
Nak ungkit bab perlembagaan dan undang-undang, tidak ada kerana kuasa melantik/memecat ahli kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri zaman berzaman, jadi sentuhlah bab tradisi seolah-olah wujud frasa tradisi dalam perlembagaan UMNO.
Tak ada perkataan tradisi dalam perlembagaan UMNO, sebab itu Muhyiddin sendiri pun tidak membantah.
Konon, adalah menjadi tradisi semata-mata seorang Timbalan Presiden UMNO mesti menjadi Timbalan Perdana Menteri, yang mana memang betul dari satu segi, tapi bukan tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang Timbalan Presiden UMNO tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Lebih lagi bila bercakap tentang Johor kerana Timbalan Presiden UMNO yang pertama tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam sejarah negara ini ialah Tun Musa Hitam yang juga berasal dari negeri Selatan tanah air tersebut.
Apa yang penulis nak katakan disini ialah, tradisi tradisi juga tapi pertimbangan-pertimbangan lain tidak boleh diketepikan.  Jika nak pakai tradisi sangat, Anwar (seorang peliwat) akan menjadi Perdana Menteri dari UMNO hari ini. Adakah itu yang ahli UMNO mahukan?
Jadi, sementara kita menghormati tradisi, kita juga perlu faham perbezaan antara jawatan dalam parti dan kedudukan dalam kabinet.
Perdana Menteri pun bukan mengenepikan sama sekali tradisi dalam UMNO bila membuat rombakan kabinet, sebab perlantikan Datuk Sri Zahid Hamidi bagi menggantikan Muhyiddin adalah bersesuaian dengan tradisi UMNO dalam hal bila berlaku keadaan dimana timbalan digugurkan.
Beliau adalah Naib Presiden yang dipilih oleh 190 dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara.
Anehnya, jika nak sangat tradisi menjadi kewajiban, kenapa tidak diusulkan pindaan dalam perlembagaan UMNO agar jawatan Timbalan Perdana Menteri wajib diisi oleh Timbalan Presiden UMNO? -myKMU

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.