`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 8, 2015

Najib - ‘Bila saya diserang, semua orang diam’


Najib menafikan dirinya adalah pemimpin autokratik dan tidak perlu dikelilingi 'Yes men'. - Foto arkib TRP/ Adib Hakim



KUALA LUMPUR, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan ketua bahagian parti itu berhubung isu dana politik.

Akhbar The Star melaporkan, Najib memberitahu perwakilan Umno Bahagian Tun Razak yang beliau berbuat demikian demi kepentingan parti.

“Apa sahaja yang saya buat sebagai Presiden Umno, walaupun jika saya terima dana, semuanya untuk parti.

“Saya telah membantu bahagian-bahagian, termasuk memberi mereka peruntukan bulanan untuk menguruskan pejabat mereka.

“Umno di bawah pimpinan saya telah melakukan banyak aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), hantar orang tunaikan haji dan baiki rumah-rumah usang.

“Apa yang berlaku ialah mereka diamkan diri, selepas mereka dapat duit, tetapi bila saya diserang, semua orang diam,” katanya.

Najib menafikan dirinya adalah pemimpin autokratik dan tidak perlu dikelilingi ‘Yes men’.

Tegasnya, beliau boleh terima perbezaan pendapat, kerana ia dapat memberi perspektif berbeza.

“Kami boleh bertukar-tukar idea, malah berdebat dalam mesyuarat, tetapi apabila pucuk pimpinan buat keputusan, kami perlu sokong parti. Kami perlu tunjuk satu barisan bersatu,” katanya.

Pagi tadi, Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan kebimbangannya terhadap ahli bermuka-muka yang takut memberitahu pemimpin kesalahan mereka lakukan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Umno Bahagian Pagoh sambil menyuarakan kegusarannya mengenai kewujudan ahli parti yang bermuka-muka.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menambah, semakin lama seseorang itu memegang jawatan, maka cabaran yang perlu dihadapinya semakin hebat.

Ini merujuk kepada ahli-ahli yang tidak menegur kesalahan pemimpin, walaupun jelas berlaku kepincangan dalam sesuatu isu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.